MB S’ngor ucap takziah kepada keluarga Tan Sri Dr Saleha Mohd Ali
SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Tan Sri Dr Saleha Mohd Ali yang meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam akibat kanser rahim.
Khalid menyifatkan Allahyarhamah sebagai contoh anak Selangor yang banyak yang menyumbangkan jasa kepada negara.
“Ketika hayatnya, Allahyarhamah Tan Sri Dr Saleha terlibat aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan dan kebajikan.
“Beliau antara yang terlibat secara langsung menubuhkan Pengakap dan Palang Merah di Malaysia, Majlis Pertubuhan Wanita Kebangsaan,” ujar beliau dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan sekretariat akhbar pejabat MB.
Tan Sri Dr Saleha yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 88 tahun adalah kakak sulung kepada isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah.
Menurut Khalid, Allahyarhamah dan adik beradiknya yang lain seperti Tun Dr Siti Hasmah, Tun Ismail dan Jeneral Tan Sri Hashim adalah antara tokoh-tokoh penting yang menyumbang jasa kepada rakyat dan negara ini.
Justeru, beliau mewakili Kerajaan Negeri, barisan Exco dan rakyat Selangor mengucapkan takziah atas pemergian seorang tokoh yang akan dikenang jasanya sepanjang zaman.
“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman,” kata Khalid.

No comments
Post a Comment