Menang Lah Dengan Cara Tipu, Rakyat Akan Ajar Umno Kelak

[Sumber]ADUN Merlimau azam mahu beri khidmat terbaik

AYER KEROH: Selepas 14 jam diumumkan sebagai wakil rakyat Merlimau, Roslan Ahmad mengangkat sumpah jawatan dan menyimpan rahsia di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Othman Muhammad, pagi semalam.

Majlis di Seri Negeri yang bermula pada jam 10 pagi itu, diadakan sejurus sebelum majlis perasmian Persidangan Pertama Penggal Keempat DUN Melaka oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob.

Acara itu turut disaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh dan 21 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari BN dan lima dari DAP.

No comments

Powered by Blogger.