Pilihanraya tempang dan pincang di Sarawak

Akhirnya Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubar juga Isnin ini. Padamlah segala teka-teki dan kini semua pihak memerah otak untuk bertarung dalam pilihanraya umum negeri tersebut yang ternayta tidak dibuat serentak dengan pilihanraya umum ke 13 sebagaimana diramalkan oleh sesetengah jurutelek politik dikalangan kita.

Kalau sesiapa berkesempatan menonton berita jam 8 malam semalam, lihatlah di TV3 contohnya 20 minit pertama dari berita TV berkenaan di “hadihkan” buat propaganda politik BN. Jutaan peruntukkan diluluskan oleh PM dan TPM dari satu bahagian parlimen ke satu bahagian yang lain

Media arus perdana diperalatkan, wang peruntukkan kerajaan ditabur, inilah permulaan pilihanraya pincang dan tenpang sebagaimana yang biasa kita lihat di Malaysia.

Itupun minggu lepas Menteri di JPM Nazri Tan Sri Aziz boleh mendabik dada di Dewan Rakyat mengatakan bahawa proses perjalanan pilihanraya di Negara ini adalah adil dan setanding dengan Negara-negara lain! Negara manakah itu? Myanmar? Iraq di zaman Saddam? Mesir di zaman Mubarrak?

Kita akan saksikan BN mencabul proses pilihanraya di Sarawak semata-mata kerana mahu bertahan dan terus berkuasa di sana sebagaimana di tempat-tempat lain. Semoga rakan-rakan PR di sana terus berjuang dengan penuh sabar dan gigih menghadapi gergasi BN yang tidak senonoh itu. Mudah-mudahan terbukalah hati rakyat untuk menyokong dan bersama mereka yang benar sebagaimana di Kelantan, Pulau Pin ang, Kedah dan Selangor.

http://n32.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.