Polis: Anwar ditahan satu malam kerana siasatan tak lengkap

Oleh Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, 10 Mac — Polis terpaksa menahan Datuk Seri Anwar Ibrahim satu malam pada pertengahan Julai 2008 kerana proses ambil keterangan daripada beliau tidak lengkap, kata DSP Jude Pereira hari ini.

Pereira, pegawai penyiasat dalam kes liwat Anwar menjustifikasikan penahanan Ketua Umum Pakatan Rakyat itu sepanjang malam 16 Julaise hingga keesokan hari di ibu pejabat polis kontinjen Kuala Lumpur.

Katanya, batasan masa seseorang tidak boleh soal siasat selepas 6 petang merupakan sebab utama.

“Sudah lambat dan kami terikat dengan peraturan lokap tidak boleh ambil keterangan selepas 6 petang.

“Itu sebabnya beliau ditahan dalam lokap (satu malam),” kata Pereira di mahkamah hari ini.

Peguam-peguam Anwar mempertahankan bahawa penahanan Anwar pada hari tersebut tidak sah.

Selasa lalu, mahkamah memutuskan tindakan mengambil tiga barang dari lokap Anwar ditahan dan sampel DNA sebagai tidak sah dan dengan itu bukti tersebut ditolak.

Pereira menekankan bahawa penahanan Anwar adalah perlu untuk polis menyoal siasat Anwar mengenai lawatan ke Hospital Kuala Lumpur.

“Saya mengambil kenyataan kira-kira 8.35 pagi (17 Julai 2008) berkaitan dengan HKL. Saya habis ambil keterangan pukul pukul 9.20 pagi.

“Beliau ditahan satu malam kerana siasatan masih belum selesai,” kata Pereira lagi.

No comments

Powered by Blogger.