Projek Tanjung Agas bakal susuli skandal PKFZ

Oleh Husam Musa

PERDANA Menteri ditipuoleh Menteri Kabinetnya sendiri. Tiga pendakwaan ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy, melibatkan isu PKFZ.Penipuan itu nampak begitu mudah berlaku. Ia telah berlaku dan mungkin akan berlaku lagi.

PM berdasarkan kertas pendakwaan itu, nampaknya tidak menggunakan nasihat Kabinet dan Jabatan- Jabatan, Unit dan Sektor yang ada di JPM untuk melindunginya dari ditipu. PM ditipu oleh menterinya di pejabat Perdana Menteri sendiri.


Di mana TPM, Menteri Kabinet dan para pengarah dan pegawai? Adakah proses penipuan itu begitu simple, antara menteri dan PM saja? Tentunya aturan pembuatan keputusan oleh PM seperti itu amat berbahaya kepada negara. Kerugian tertimpa menjadi berbillion ringgit.

Apa lagi jika PM sebaliknya, tanpa ditipu oleh Kabinetnya, menggunakan kuasanya untuk melaksanakan projek atau keputusan atas kehendaknya sendiri. Dan Kabinet tidak berani membetulkannya sama seperti dalam kes PKFZ ini. Hatta Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri diwaktu itu tidak dapat berbuat apa-apa.

Khusus dalam kaitan isu ini ialah Projek Mega Tanjung Agas, Pekan. Jika PKFZ yang asalnya dijangka menelan belanja RM 1 B tetapi kemudian membelon melebihi RM 4 B, Tanjung Agas pula dijangka bernilai RM 8 B di atas kawasan seluas 4,700 ekar. Bayangkan kesannya kepada kewangan negara. Oleh kerana projek ini berada di Pekan, kawasan Parlimen PM, ada mana-mana menteri berani bertanya mengenainya? Tidak.

Tidak ada mana-mana menteri akan berani mempersoal atau memberi pandangan mereka sehinggalah PM baru mengambil alih tempat PM sekarang satu masa kelak. Mungkin pada waktu itu ada pula kambing hitam akan didakwa kerana menipu atau lainnya.

Tetapi di masa itu, bukan sahaja kacang dan nasi sudah menjadi bubur, tetapi bubur sudah pun basi dan tak dapat dimakan lagi. Projek ini seratus peratus versi PKFZ yang kedua. Kecuali jumlah kerugiannya nanti mungkin jauh lebih besar.

Paling kurang, yang telah terkorban ialah Hutan Simpan Paya Laut Sungai Miang, Pekan seluas 1,393.4 ekar yang telah dijadikan sebahagian tapak projek. Pada Disember tahun lalu, PM mengumumkan suntikan RM 300 juta peruntukan Kerajaan untuk penyediaan infra.

Tanjung Agas dari awal lagi diragui kemunasabahannya sebagai hub minyak dan gas. Apa lagi kita tidak mempunyai ‘captive market’ untuk membekalkan gas dan minyak seperri yang diperlukan dengan gambaran projek yang dilaungkan.

Ia lebih berupa projek politik lebih dari projek ekonomi, selain kedudukan Kemaman yang sudah memainkan peranan tersebut. Saya lebih berminat melihat bagaimana operasi mengaut wang dari khazanah negara menerusi projek Tanjung Agas yang akan berakhir senasib dengan PKFZ berjalan - di kawasan PM sendiri - berbanding bagaimana PM telah tertipu dalam kes PKFZ.

Di bawah saya salin petik satu komen dari pembaca blog Sakmongkol - andai kata apa yang tertulis adalah benar - PM perlu berikan responnya sebelum lebih banyak wang terbakar hangus di Tanjung Agas.

Catatan beliau seperti berikut: Tg Agas Supply Base is total failure now as most of us expected. First launch was 16th February 2009 and now over more than a year the bakau trees are still there except road works by main contractor Putra Perdana appointed by Federal Govt who provided funds amounting RM150 million to PKNP.

All 7 investor companies have left due to disillusion because the agreement was they’ll only begin to invest on “ready land” meaning cleared, reclaimed empty land. TASB claim they can raise RM2 billion fund from KAF or Kenanga was just a big lie.

Where are the German company that wanted to invest by taking up 350 acres to build a steel frabication yard ? They left ! Where are the American company that wanted to do a oil tank farm storage ? They left ! Where are the French company that wanted to do a supply base ? They left ! Where are the Malaysian company who wanted to do the first dredgers yard in the country ? They got booted out !

Where are the Malaysian company that JV with Daewoo to build a shipyard ? They got sodomised (hijacked)! Now, all these are not surprising for those who are in the know about the history of this project.

This project was the brainchild of one Mr. Idrus and the late Captain Zizie who died a broken man (al-fatihah). They proposed Tg Agas Supply Base based on the same concept of a supply base in Scotland.

Unfortunately, the two jokers (or hijackers) who are running the show now, snatched and hijacked this proposal and presented to Tengku Muda as their own. So, this is the answer to why after more than a year there’s no progress except statements after statements and no action. They don’t even know where to start !!

We hope the Federal Govt not PKNP (which act like an office boy only) will seriously look into this because foreign investors that left have only bitter taste in their mouth about investment in Malaysia. Another PKFZ debacle ? Highly possible. These 2 jokers are smart too, they hide behind His Royal Highness and the Bendahari Bahagian Pekan, Pahang for protection. But for how long ?

No comments

Powered by Blogger.