RTC - Dari pelakon menjadi penerbit?

Rahim Thamby Chik sepatutnya ditangkap kerana menayangkan filem lucah serta menimbulkan aib bagi seseorang yang lain. Menayangkan filem lucah itu dan cuba melibatkan orang lain sebagai pelakon itu merupakan kesalahan yang bukan kecil. Jika benar pun beliau yakin yang ‘pelakon’ itu adalah musuh politik beliau yang beliau demdami sekian lama, ianya tidak semestinya dipercayai oleh mereka yang menonton.

Apa yang Rahim patut lakukan ialah untuk menyerahkan video itu kepada pihak polis atau mana-mana pihak berkuasa untuk melakukan penyiasatan dahulu dan pastikan kesahihan orang yang beliau tuduh itu adalah benar. Sehingga penyiasatan itu selesai Anwar terpaksa menanggung perasaan lebih-lebih lagi jika isu itu dibangkitkan oleh orang yang mendendami beliau.

Dulu Rahim dituduh terlibat dengan skandal seks tetapi orang yang di kalangan yang berkuasa selalunya akan terlepas dari tuduhan-tuduhan itu. Walau macam mana pun persepsi orang ramai terhadap beliau tidak berubah sehinggalah beliau menjauhkan diri dari politik secara aktif walaupun beliau adalah Ahli MKT.

Apa yang dilakukan oleh Rahim sekarang ini mengingatkan kembali isu Rahim ini, beliau telah menjadi bahan lawak dan jenaka di kalangan orang yang ‘non partisan’. Ada yang mengatakan Rahim TC ini macam Jins Shamsuddin. Dulu Jins merupakan pelakon tetapi sekarang sudah menjadi penerbit filem. Rahim Thamby Chik tidak seperti A. Rahim yang sentiasa berlakon sebagai ‘crook’ dari awal penglibatan beliau dalam lakonan sehingga beliau meninggal dunia lebih dari sepuluh tahun dahulu.

Rahim Thamby Chik nampak kemajuannya; dari hanya seorang pelakon sekarang sudah menjadi penerbit yang sangat popular dalam sekelip mata. Tetapi yang pandai hanya penulis skrip dan pengarahnya yang berada di luar isu ini. Dalam filem yang diterbitkan Rahim ini, pengarahnya lah yang mendapat faedah yang besar.

Yang menjadi mangsa dan bahan ketawa oleh pengarah dan penerbitnya ialah orang ramai seperti kita semua yang berbahas sepanjang masa bagi mempertahankan puak masing-masing. Maka bergaduh dan pecah belahlah orang ramai di bawah ini dan perpecahan ini hanya akan menguntungkan seseorang yang pandai mengambil kesempatan seperti yang pernah beliau alami dahulu.

Bagi diri saya, saya tidak mahu bergaduh kerana lakonan yang diarah oleh pengarahnya yang duduk senyap sendirian sambil senyum melihat betapa bodohnya orang di bawah ini.Siapa yang hendak bergaduh juga bergaduhlah di antara saudara/i sekelian. Saya pun hendak senyum seperti pengarah yang duduk senyap-senyap di luar sana.

http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/03/dari-pelakon-menjadi-penerbit.html

No comments

Powered by Blogger.