Samseng kroni Taib Mahmud guna bom rampas tanah adat

KUALA LUMPUR: Syarikat yang menjadi kroni Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sanggup mengupah samseng untuk membakar rumah bagi menghalau orang Asal, seterusnya merampas tanah milik mereka.

“Jika dulu, syarikat kroni menggunakan kaedah memujuk sebelum ‘merampas’ tanah rakyat tetapi kini sampai ke tahap membakar dan mengupah samseng untuk menyerang penduduk seperti yang berlaku di rumah panjang Ranggong.

“Saya tidak menolak kemungkinan masyarakat Orang Asal akan ‘memenggal’ mereka seperti zaman dahulu jika syarikat kroni terus-terusan menindas dan merampas hak kami,” kata Minggat anak Nyakin.

Mingat antara orang Asal yang dibelasah samseng beberapa bulan lalu hingga kedua-dua penglihatannya terjejas dalam usaha mempertahan haknya sebagai pemilik tanah adat.

Beliau berkata demikian pada forum ‘Tanah, Adat dan Pilihan Raya’ malam tadi. Ahli panel ialah Pengarah Eksekutif BRIMAS Sarawak, Mark Bujang; Setiausaha Awam Persatuan Dayak Iban Sarawak (Sadia), Nicholas Mujah dan Koordinator Sarawak Indigenous Lawyers Alliance (SILA), Abun Sui Anyit.

Lebih 200 orang menghadiri forum anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dengan kerjasama Jawatankuasa Hak Sivil dan NGO Peguam, Loyar Buruk.

Wakil rumah Ranggong, Sui anak Salleh turut menceritakan pengalamannya bersama rumah panjang Ranggong dan Belilie yang diserang kira-kira 100 samseng BN menyerang kampung mereka menggunakan bom dan sabit.

“Kami selaku pemilik tanah dan Orang Asal kesal dengan tindakan syarikat kroni yang mengahtar samseng untuk menghalau dan menakut-nakutkan kami.

“Serangan samseng itu termasuk menggunakan bom dan sabit dilakukan terhadap penduduk rumah panjang kira-kira seminggu,” katanya.

No comments

Powered by Blogger.