Tiada tanda-tanda kekasih Cristiano Ronaldo hamil
IRINA SHAYK
NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Irina Shayk yang merupakan teman wanita bintang bola sepak Cristiano Ronaldo, tidak menunjukkan tanda-tanda dia berbadan dua ketika menghadiri acara karpet merah di sini, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Model jelita berusia 25 tahun dari Rusia itu memakai gaun ketat sekali gus mempamerkan perutnya yang rata semasa menghadiri acara karpet merah tayangan perdana filem terbaru, Happy Thank You More Please baru-baru ini.
Pada minggu lalu, akhbar Sepanyol melaporkan Shayk sedang hamil selepas dia muncul di tempat awam dengan perutnya yang sedikit membesar dan memakai sebentuk cincin berlian dipercayai cincin pertunangan.
Shayk bercinta dengan Ronaldo yang berpendapatan £80 juta (RM395 juta) itu sejak 10 bulan lalu.
Ronaldo, 26, turut dilaporkan akan berkahwin dengan teman wanitanya itu di negara asalnya, Portugal pada musim panas tahun ini.
Sebelum ini, bintang bola sepak itu memiliki seorang anak lelaki yang dilahirkan oleh seorang ibu tumpang. - Agensi
No comments
Post a Comment