Yayasan Selangor Sedia Hadapi Segala Kemungkinan
SHAH ALAM 18 Mac - Yayasan Selangor bersedia berhadapan segala kemungkinan yang akan berlaku menjelang pembentangan laporan audit berhubung isu perbelanjaan organisasi itu minggu hadapan.
Pengurus Besarnya, Ilham Marzuki berkata, pihaknya akan menjawab segala dakwaan terhadap Yayasan Selangor dan bersedia untuk memperbaiki segala kelemahan lapor Sinar Harian.
Menurutnya, Yayasan Selangor telah menjawab segala dakwaan yang dilontarkan oleh pihak tertentu, namun beliau menegaskan segala dakwaan perlu diperhalusi terlebih dahulu.
”Kita bersedia memperbetulkan apa jua kelemahan yang didakwa, sekiranya ada kelemahan tersebut kita akan perbaiki dengan segera,” katanya.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka akan mendedahkan laporan audit tersebut secara terperinci pada akhir bulan ini.
Abdul Khalid berkata, pembentangan laporan audit tersebut perlu demi menjelaskan kepada umum tentang kedudukan sebenar kedua-dua anak syarikat negeri itu.
Yayasan Selangor disiasat selepas didakwa membelanjakan RM300,000 untuk majlis makan malam ulang tahun ke-40 yayasan itu yang menyebabkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacitadan enggan menghadiri majlis tersebut.

No comments
Post a Comment