16 Sept Depan Tarikh MP BN Menyertai Pakatan Rakyat

Anwar: MP BN lompat seperti dirancang

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tarikh ahli Parliman (MP) Barisan Nasional (BN) menyertai Pakatan Rakyat kekal sepertimana yang dirancangkan pada pada 16 September depan.

Pakatan Rakyat memerlukan sokongan 30 ahli Parlimen BN untuk mengambil alih kerajaan pusat.

Beliau bagaimanapun enggan memberi butir-butir lanjut mengenai jumlah ahli Parlimen BN terbabit “atas sebab-sebab keselamatan mereka”.

Katanya sesetengah daripada mereka terpaksa terbang senyap-senyap ke negara jiran untuk mengadakan perbincangan (dengannya).

Oleh itu, kata Anwar, adalah merbahaya jika beliau mendedahkan sebarang nama sekarang.

Beliau juga mengakui telah menemui sesetengah daripada mereka di Sabah, ketika dalam perjalanan ke Filipina semalam.

Menurut Anwar lagi, pengumuman mengenai ahli Parlimen BN menyertai Pakatan akan hanya didedahkan ketika Parlimen sidang.

Beliau bagaimanapun berkata, keputusan mengenainya perlu dibincangkan secara terperinci dengan barisan pemimpin Pakatan.

Beliau bercakap dalam satu sidang akhbar selepas mengumumkan senarai anggota Majlis Kepimpinan Tertinggi (MP) PKR di ibu pejabat baru parti itu di Tropicana, Damansara.

Antara ahli MPT yang dilantik ialah Presiden KOngres Kesatuan sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud; bekas Presiden Abim, Dr Mohd Noor Manuti dan bekas ahli exco MCA, Felicia Lim. Parti itu menerima 50,000 ahli baru hari ini.


http://pinkturtle2.wordpress.com/

No comments

Powered by Blogger.