Adakah kenaikan harga minyak tanpa perbincangan para Menteri?


Melihat kepada kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mstar online, yang kementerian beliau sudah menduga kenaikan harga minyak adakah bermakna keputusan menaikan harga minyak adalah keputusan satu pihak sahaja itu perdana menteri.

Malah jika melihat kepada kenyataan Shahrir Samad sehingga semalam jelas beliau juga tidak tahu apakah tindakan selanjutnya oleh Pak Lah berkenaan isu tersebut.

Yang rakyat ingin persoalkan adakah keputusan ini dibuat oleh Pak Lah seorang sahaja. Ataupun ada pihak lain yang lebih utama berbanding dengan barisan kabinet beliau dalam menentukan sebarang keputusan yang berkaitan dengan kepentingan rakyat dan negara.

Ini kerana dalam isu kenaikan harga minyak ini sebenarnya adalah satu isu yang benar-benar membebankan rakyat jelata. Tiada sedikitkah perasaan belas kasihan daripada seorang pemimpin kepada rakyat sendiri.

Jika benar keputusan ini adalah keputusan tanpa perbincangan dengan para menteri adalah amat malang jika rakyat Malaysia mempunyai pemimpin yang tidak tahu apa-apa dalam urusan menjaga kepentingan rakyat.

Adakah para menteri seperti orang gaji yang hanya menerima arahan dari pada ketua serta mengiyakan segala apa yang keluar dari mulut majikan mereka.

Jika itu fungsi seseorang menteri, kenapa perlu ada satu barisan kabinet yang ramai berbanding dengan negara lain seperti Britain yang rakyatnya lebih ramai berbanding Malaysia tetapi jumlah menteri kabinet mereka adalah jauh lebih sedikit berbanding Malaysia.

Kenapa perlu rakyat Malaysia menghabiskan cukai mereka untuk mendukung biawak hidup sedangkan keputusan yang penting dan getir untuk mereka boleh dilakukan secara sendirian oleh Pak Lah?

No comments

Powered by Blogger.