Kenapa Harga Minyak Dunia Terus Naik?
Akhir-akhir ini, harga minyak antarabangsa terus naik hingga mencapai harga tertinggi yang melebihi 135 dolar Amerika setong. Ini merupakan rekod harga yang paling tinggi setakat ini. Yang lebih teruk, adakah harga itu akan mencapai angka200 dolar Amerika setong atau tidak, dan ini sedang menjadi topik hangat dalam kalangan rakyat seluruh dunia. Harga minyak yang begitu tinggi ini telah mengakibatkan pengaruh yang negatif kepada ekonomi dunia, khususnya memberikan beban yang hebat kepada negara-negara yang miskin. Namun, negara pengguna minyak yang paling besar, iaitu A.S. dan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (OPEC) sedang saling bertelagah, menuduh satu sama lain yang semestinya bertanggungjawab terhadap melonjaknya harga minyak antarabangsa.
Ketika menghadapi krisis kenaikan harga minyak yang pesat, negara-negara anggota OPEC menolak tuntutan negara pengguna supaya mereka meningkatkan jumlah pengeluarannya. Mereka menegaskan bahawa permintaan dan bekalan minyak mentah di pasaran antarabangsa masih seimbang. Maka, harga minyak yang tinggi tidak ada kaitan dengan jumlah pengeluarannya. Setiausaha Agung OPEC, Abdalla Salem El-Badri berpendapat bahawa kenaikan harga minyak adalah disebabkan keadaan politik yang tidak stabil di beberapa buah negara yang berkaitan, aktiviti spekulasi, dan kejatuhan nilai dolar Amerika. Beliau menyatakan bahawa OPEC tidak berkemampuan untuk mengawal pasaran minyak yang begitu "gila" sekarang.

Namun, A.S. menegaskan bahawa kenaikan harga minyak adalah disebabkan keperluan minyak yang besar dan bekalannya yang tidak mencukupi. Namun, pihaknya tidak menyebut unsur-unsur negatif seperti kejatuhan nilai dolar Amerika Setiausaha Perbendaharaan A.S., Henry Paulson menyatakan bahawa kenaikan harga minyak mencerminkan bekalan minyak yang tidak mencukupi dan permintaan pasaran antarabangsa yang kian meningkat, sebaliknya bukanlah disebabkan kegiatan spekulasi. Menurut beliau, kerajaan A.S. telah banyak berusaha untuk menggesa OPEC supaya meningkatkan pengeluaran minyak sebagai cara utama untuk menangani kenaikan harganya di pasaran. Presiden George W. Bush telah melawat Arab Saudi sebanyak dua kali tahun ini untuk menggesa negara itu supaya meningkatkan pengeluaran minyaknya. Namun, negara-negara OPEC tetap mempertahankan kepentingan mereka dan tidak mahu bertolak-ansur. Dalam menghadapi keadaan ini, dasar A.S. menjadi lebih pragmatik. Setiausaha Perbendaharaan A.S., Henry Paulson akan melawat beberapa negara pengeluar minyak utama di kawasan Teluk, seperti Arab Saudi, Kuwait, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu. Pembantunya menjelaskan bahawa beliau tidak akan menetapkan jumlah yang terperinci daripada sesebuah negara tentang peningkatan pengeluaran minyaknya, tetapi menggalakkan negara-negara OPEC meningkatkan pengeluaran minyak melalui peningkatan pelaburan atau pengimportan modal asing.
Melonjaknya harga minyak yang begitu pesat mencerminkan bahawa kegiatan spekulasi masih aktif pada masa ini. Ini menandakan, orang awam amat bimbang akan bekalan minyak yang mungkin tidak mencukupi. Walaupun politik beberapa buah negara OPEC yang tidak stabil memainkan peranan yang tertentu terhadap keadaan tersebut, namun, unsur utama ialah kejatuhan nilai dolar Amerika yang berterusan.
Ada penganalisis berpendapat bahawa sebelum ditemui sumber tenaga yang boleh menggantikan petroleum, usaha perlu dibuat demi menggalakkan negara-negara OPEC dan modal antarabangsa meningkatkan pelaburan untuk meningkatkan pengeluaran minyak. Dalam jangka masa yang pendek, dasar kerajaan Bush akan memainkan peranan yang besar dalam mengawal harga minyak dan ini perlu diberikan perhatian.
cina islam
cina islam
No comments
Post a Comment