Mahasiswa dan idea PRU Malaysia semula...

Oleh: Sdr. Zainulfaqar Yaacob

OLEH kerana politik secara umumnya menumpu pada persoalan dominasi kuasa, ijtihad Sdr. Mohamad Ezam Mohd Noor (Sdr. Ezam) menyertai UMNO semula tidak mustahil suatu virus – Trojan Horse.

Anggapan ini mulai basah di mulut beberapa public fegure UMNO sejak isu ini mulai panas dalam pentas politik nasional


Sebelum YAB Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi (Pak Lah) menerima borang keahlian Sdr. Ezam untuk diteliti, Timbalannya YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak (Najib), Tan Sri Muhyiddin Yassin (Muhyiddin) dan beberapa MT tidak dapat menyembunyikan kesangsian mereka masing-masing berhubung ijtihad Sdr. Ezam ini.

Bagi Najib sendiri, kemasukan Ezam ke dalam UMNO sudah tentu menyukarkan beliau untuk terus menekan Pak Lah dari dalam UMNO sendiri.

Siapa tidak mengenali Najib? Najib sebelum ini telah pun terlibat dalam beberapa konspirasi peringkat tertinggi bersama Tun Dr. Mahathir Mohammad (Tun).

Najib mempunyai beberapa kepentingan politik yang seharusnya diselamatkan, di samping memelihara god father beliau; iaitu Tun.

Sebelum ini, kita telah diwar-warkan dengan isu pengeboman Altantuya Sharibuu dengan C4 dan kes ini secara semulajadi telah pun menjerat Najib.

Posisi OKT Abdul Razak Baginda juga umpama ‘bom masa’ bagi Najib. Bila-bila masa sahaja boleh meletup dan memusnahkan karear politik ‘Bakal Perdana Menteri Malaysia’ tersebut.

Ini kerana bekas Setiausaha Politik Najib ini mempunyai banyak maklumat skandal rasuah yang bila-bila masa sahaja boleh melalui pintu BPR dan mahkamah Malaysia.

Lihat skandal komisyen dalam pembelian senjata di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia sebelum ini yang telah menyaksikan rasuah sebanyak RM920 Juta.

Lihat skandal komisyen dalam pembelian jet pejuang Sukhoi yang telah menyaksikan rahsuah sebanyak RM400 Juta.

Yang bercakap hal ini adalah Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan beliau bercakap dalam media antarabangsa secara terbuka. Lihat lintas langsung oleh Bloomberg, CNN, alJazeera pada 14 April 2008 lalu.

Lebih menimbulkan tanda tanya, Najib langsung tidak berani berdepan dengan DSAI dan lebih mengambil sikap melarikan diri daripada beberapa media antarabangsa tersebut secara eksklusif.

Bertitik tolak pada beberapa kepentingan politik sebagaimana di atas ini, Najib tidak mempunyai banyak pilihan kecuali turut menekan Pak Lah dari dalam UMNO/Kerajaan sendiri (khususnya pasca PRU12 ini).

Jika Najib tidak berbuat sedemikian, kes-kes ini tentu akan panas di pasaran dan mungkin lebih cepat sampai ke tangga BPR dan Mahkamah.

Tun telah melihat perkara ini sedalam-dalamnya. Antara Najib dan Pak Lah, Najib lebih banyak kepentingan yang boleh dikawal oleh Tun.

Berbeza dengan Pak Lah. Pak Lah melalui anak-menantunya, Kamaluddin Abdullah dan YB Khairy Jamaluddin (KJ) telah banyak take over projek-projek mega negara yang seharusnya dimiliki oleh kem capitalism Tun.

Sebagai contoh, pembatalan projek Jambatan Bengkok Malaysia-Singapura. Lebih dari itu, Pak Lah langsung tidak memberi apa-apa konsesi projek mega kerajaan seperti WPI (kini: Wilayah Pembangunan Malaysia) atau beberapa koridor lain kepada kem kapitalism Tun.

Tun tidak boleh lagi sekadar berkiasan politik, sebaliknya Tun telah mula menghunus keris ‘capitalism’ kalau tidak ke pangkal perut Pak Lah, setidak-tidaknya ke udara agar tindak-tandoknya dilihat cukup patriotik oleh kaum cavenisme kuno di Malaysia ini.

Biar rakyat mengetahui Pak Lah lemah dan kelemahan kepemimpinannyalah yang menjadi de facto pada kekalahan UMNO/BN di 5 buah negeri; dan UMNO/BN tidak lagi majoriti 2/3 di Parlimen Malaysia.

Kebetulan realiti tekanan yang dihadapi oleh Tun ini turut dihadapi oleh Najib. Natijahnya, berlakulah konspirasi peringkat tertinggi dalam kem capitalism Tun-Najib demi terus menekan Kem capitalism Pak Lah.

Muhyiddin juga mempunyai beberapa kepentingan sebelum ini. Salah satunya adalah janji Pak Lah untuk melantik beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri 1 Malaysia, jika beliau berjaya membawa DSAI kembali ke dalam UMNO.

Jika DSAI berjaya diUMNOkan semula, Pak Lah sendiri bercadang melantik DSAI sebagai Timbalan Perdana Menteri II; cita-cita ini juga cukup realistik dan tiada halangan di sisi perlembagaan.

Hasrat ini bukanlah disebabkan DSAI adalah de facto dalam politik Malaysia pasca PRU12. Tetapi, dengan cara ini Pak Lah mampu mengimbangi pengaruh Tun dan proksi-proksinya (Contoh: Najib, Tunku Adnan Tunku Mansor dll) dalam ‘bahtera usang’ UMNO.

DSAI gagal dibawa masuk semula ke dalam UMNO. Ini bermakna, janji Pak Lah kepada Muhyiddin hanya tinggal janji sahaja. Muhyiddin terpaksa berputeh mata. Laluannya untuk ke kerusi No.2 negara bertambah sukar.

Tanpa suaka politik Pak Lah ditambah oleh dominasi Najib belakangan ini, Muhyiddin tidak mempunyai banyak pilihan kecuali menunggu ‘mukjizat’ politik daripada langit.

Muhyiddin juga tidak mempunyai banya pilihan kecuali counter-attack ke atas kem capitalism Pak Lah; dengan mula malakukan negotiation tahap pertama dengan DSAI sendiri.

Tindakan senya-senyap Muhyiddin ini telah pun dihidu oleh Pak Lah dan cukup memberi tekanan politik kepada Pak Lah secara semula jadi.

Public fegure UMNO yang lain, lebih kurang sama. Terlibat dalam skandal rasuah dan moral. Mereka juga sedang menghitung hari.

Bila-bila masa sahaja ‘fail timbul’ mereka akan sampai ke tangga BPR atau Mahkamah, jika mereka tidak terus membuktikan kesetiaan mereka baik di pihak kem capitalism Pak Lah atau kem capitalism Tun sendiri.

Kemasukan semula Ezam ke dalam UMNO baru-baru ini tentu menimbulkan suasana tidak selesa kepada kaum kapitalis yang telah lama hidup dalam UMNO ini.

Ezam memang dikenali sebagai seorang politikus Malaysia. Ezam mempunyai rekod menentang UMNO (khususnya Tun) sama ada dari dalam atau luar UMNO sendiri (ketika bersama AMK/GERAK).

Kemasukan Ezam ke dalam UMNO ini boleh jadi untuk membantu memelihara kepentingan Melayu-Islam secara jujur dan penuh bertanggungjawab atau sebaliknya.

Setakat ini, Sdr, Ezam telah pun menyatakan hasratnya - meneruskan agenda reformasi dan memerangi rasuah dalam kerajaan sendiri dan PaK Lah (menurutnya) sudi membantu meralisasikan cita-cita tersebut.

Walau pun sedemikian, kemasukan Ezam ini boleh jadi untuk tujuan-tujuan lain.

Untuk mengimbangi dominasi Tun dalam UMNO? Ada kemungkinan juga kerana Ezam mempunyai sejarah hitam dengan peribadi Tun sendiri.

Untuk meneruskan agenda reformasi dan memerangi rasuah dalam kerajaan (baca: melalui platform BPR/Suruhanjaya Pencegah Rasuah)? Ada kemungkinan juga.

Untuk menjadi hamba politik kepada proksi-proksi Pak Lah (baca: KJ)? Ada kemungkinan juga.

Untuk menjadi jambatan politik kepada DSAI untuk kembali ke pangkuan UMNO semula jika Pakatan Rakyat (PR) gagal mengambil alih Kerajaan Malaysia hujung tahun ini; sebagaimana yang dinyatakan oleh Tun (klik) juga? Ada kemungkinannya.

Ezam sebagai ‘trojan horse‘ bagi pihak DSAI atau Pak Lah sendiri? Ada kemungkinan juga. Tuntasnya, macam-macam kemungkinan.

Walau bagaimanapun, Mahasiswa Malaysia seharusnya lebih progresif dalam mencermati lanskap politik Malaysia belakangan ini.

Mahasiswa tidak seharusnya bersikap ‘wait and see’ sahaja dalam fenomena pertembungan PakLah-Tun sehinggalah ijtihad Ezam menyertai UMNO belakangan ini.

Mungkin kita menyangka bahawa dengan berbuat sedemikian, usia politik UMNO-PahLah-Tun akan musnah secara semulajadi tidak lama lagi.

Perlu diingat, jika kem capitalism Pah Lah kalah dalam 3rd Negotiation ini, bermakna kem capitalism Tun telah menang. Begitu jualah sebaliknya.

Perlu dicermati juga bahawa Sdr. Ezam sendiri sebenarnya bukan lagi de facto dalam agenda Reformasi Rakyat sejak menjelang PRU12 lagi.

Populariti DSAI belakangan ini juga semakin merudum disebabkan tiada konsistansi prinsip dalam beberapa perkara menurut perspektif rakyat.

Sila rujuk keputusan kajian lapangan (feild research) oleh Ilham Center berhubung populariti DSAI di sekitar Lembah Klang. Rakyat sudah mempunyai ‘premis’ baru tentang peribadi DSAI dan lanskap politik Malaysia sekarang.

Kenyataan DSAI baru-baru ini untuk segere terjun sebagai calon dalam mana-mana Pilihanraya Kecil jika sah tiasa halangan berperundangan mungkin ada kaitan dengan realiti keputusan survey sebagaimana di atas.

Demi menyelamatkan kedaulatan Malaysia yang semakin huru-hara belakangan ini, ada beberapa saranan. Antaranya ialah melaksanakan PRU semula di peringkat negeri dan nasional. Biar rakyat sekali lagi menggunakan makkal sakhti mereka.

Jika makkal sakhti ini sekali lagi dimanfaatkan, bukan sahaja negotiation tahap ketiga ini boleh dihentikan, malah Malaysia mungkin lebih demokratik kerana apabila Kerajaan mengalami satu-satu krisis, rakyatlah patut menjadi ‘Hakim’ dalam krisis dalaman negara tersebut.

Rakyat akan menghukum kaum kapitalis. Rakyat akan mempersetan politikus-politikus yang tidak ikhlas membela hak-hak dan kepentingan rakyat.

Rakyat akan mengangkat hanya calon-calon DUN/Parlimen (dari kalangan PR dan BN) yang benar-benar ikhlas dan bertanggungjawab melunaskan manifesto mereka kepada Rakyat.

Pakatan Rakyat (PR) yang telah mengisi Parlimen dan membentuk beberapa kerajaan di peringkat negeri tidak perlu bimbang, sebaliknya patut bersikap lebih demokratik demi memastikan masa depan Malaysia dan generasi baru Malaysia terjamin.

Jika kita (PR) yakin kita telah melunaskan beberapa janji kita (setakat ini) kepada rakyat dan kita yakin rakyat boleh meyakini bakat dan pencapaian kepemimpinan kita, mengapa harus kita takut untuk menempuhi PRU semula?

Jika tidak sekarang pun, lewat 5 tahun akan datang, kita tetap perlu menempuhi ‘mahkamah rakyat’ (maksud: PRU13) juga.

Untuk kempen kesedaran kepada rakyat agar sama-sama bangkit menuntut PRU semula ini, mahasiswa seharusnya mengambil peranan kerana kitalah (mahasiswa) mampu menjadi independent group atau pressure group kepada kerajaan dan parti-parti politik di peringkat nasional.

Kempen ini tidak boleh hanya melibatkan satu-satu kelompok sahaja, tapi seharusnya melibatkan semua pihak - persatuan, parti (baca: PMN), media, bloggers (baca: mahasiswa); dan suara kita seharusnya merentasi semua kepentingan politik, kaum, sosial, budaya serta benar-benar tampil dengan wajah Generasi Baru Malaysia.

Ayuh lancarkan kempen PRU semula ke atas rakyat. Hanya dengan meralisasikan idea ini, kita (baca: rakyat dan mahasiswa) mampu untuk memadamkan kem capitalism PakLah-Tun.

Hanya melalui PRU semula ini, sistem sosial, budaya, pendidikan, ekonomi, kepemimpinan dll boleh disusun semula oleh pihak berwajib dan dipantau langsung oleh kita, rakyat dan Mahasiswa Malaysia.

Hanya dengan cara ini, mudah-mudahan Malaysia bakal menuju sebuah negara yang jauh lebih demokratik, berkebajikan dan senantiasa menjunjung hak/kepentingan rakyat –END.

————————–

P/S: Kadang-kadang peperangan yang memusnahkan satu-satu negara bangsa ada baiknya kerana kemusnahan tersebut turut bersama-sama membawa pada kemusnahan segala sistem kerajaan yang korup, capitalisme, hipokrasi yang ditaja kaum politikus murahan negara. Selepas kemusnahan (baca: fizikal dan nilai lama) ini, akan memberi peluang semula kepada rakyat untuk membina suatu harapan dan sistem baru yang jauh lebih adik dan demokratik.

Di Malaysia, cukuplah kita (baca: rakyat dan mahasiswa) menyeru kaum rakyat marhaen untuk bersama-sama melancarkan PRU semula kerana dengan cara ini rakyat dan Mahasiswa boleh menyusun semula sistem nilai di Malaysia tercinta ini.


sudah sampai masanyer........mahasiswa perlu perubahan demi masa ke semasa

No comments

Powered by Blogger.