Pimpinan Mahasiswa Sambut Baik Pengembalian Royalti

Kula Lumpur 14 Jun - Keputusan kerajaan pusat untuk mengembalikan wang royalti minyak sebanyak 5 peratus kepada kerajaan negeri Terengganu disambut baik oleh beberapa pimpinan mahasiswa.

Petang tadi sewaktu lawatannya ke Terengganu, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pemberian wang itu akan dibuat setelah perincian syarat-syarat mengenai perkara tersebut ditetapkan.

Ahli Majlis Tertinggi MPMUM, saudara Mohd Hasbie Muda menyambut baik keputusan itu dan berharap agar kerajaan negeri pimpinan Datuk Ahmad Said mampu menguruskan wang royalti tersebut dengan berhemah.

“Sebagai anak Terengganu, saya berharap agar kerajaan negeri pimpinan Datuk Ahmad mampu membangunkan negeri dengan baik dan terancang.Pembangunan perlu dibuat secara menyeluruh dan adil tanpa mengira apa-apa fahaman politik rakyat”

Beliau yang juga koordinator Gerakan Mahasiswa Terengganu Tuntut Royalti (GMTTR) mengesahkan bahawa beberapa pelan bertindak yang diatur di peringkat mahasiswa berkaitan isu itu akan dibatalkan berikutan keputusan tersebut.

“Kami di GMTTR tetap komited dalam memperjuangkan hak rakyat Terengganu yang sekian lama dirampas.Sewajarnya kerajaan pusat juga memohon maaf kepada rakyat negeri berikutan rampasan hak yang telah berlangsung selama 8 tahun itu banyak membawa kesukaran hidup kepada rakyat.Umum mengetahu bahawa wang royalti minyak adalah sumber hasil terbesar kerajaan negeri sejak tahun 1975″

Selain itu Naib Presiden Persatuan Anak Terengganu Universiti Malaya (PERMATA), saudara Abdul Halim Hakimi Hussein juga menyambut baik keputusan itu dan berharap agar kerajaan pusat dan kerajaan negeri dapat berkerjasama dengan baik.

“Usah lagi menjadikan isu kebajikan rakyat sebagai modal poltik balas dendam.Syabas kepada kerajaan pusat yang peka dengan suara rakyat Terengganu. Diharapkan agar syarat-syarat yang akan diperincikan nanti tidak bersifat menekan dan menyusahkan”- mahasiswakini

No comments

Powered by Blogger.