Anwar calon pilihan untuk menang !
Anwar calon pilihan untuk menang !
ANALISIS
Berdasarkan perkembangan terakhir, penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menang besar dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh, esok.
Tidak mustahil majoriti yang diperolehi oleh bekas timbalan perdana menteri itu lebih besar daripada yang diperolehi oleh isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.
edyes wrote:
Alhamdulillah. Setelah menempuhi 10 hari berkempen, rata-rata pengundi masih kekal setia bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim. Syukur kita ke hadrat Illahi. Segala dakyah BN telah ditolak mentah-mentah oleh penduduk P.Pauh.
Permatang Pauh bukan hanya dikatakan sebagai kubu kuat dan nadi PKR malah pilihanraya kecil Permatan Pauh ini juga dikenal pasti sebagai tembok terakhir kerajaan Barisan Nasional. Kini BN berada di ambang kemusnahan walaupun mereka telah melancarkan kempen 'at all cost'.
Menurut tinjauan Malaysiakini sepanjang kempen ini sejak 16 Ogos, jentera kempen PKR sangat tersusun dan komited, mereka boleh bekerja siang malam tanpa mengira waktu.
Setiap pelusuk Permatang Pauh terdapat bilik gerakan PKR, malah ada dua atau tiga bilik gerakan di satu kampung.
Petugas-petugas pilihanraya PKR nampak begitu bangga membahagikan risalah perkembangan terbaru pilihanraya kerusi parlimen itu kepada orang ramai.
Ini merupakan petanda yang sangat baik lantas memberi kelegaan kepada semua peringkat masyarakat yang menanti Harapan Baru Untuk Malaysia.
Segala halangan setakat ini telah berjaya ditempuh dengan baik sekali, segala perangkap dan ancaman dapat ditepis dengan istiqamah yang kukuh. Jika sehari dua ini kita agak berdebar dan berdegup kencang, tetapi malam ini keadaan membuatkan kita tenang. Kita akan menghadapi hari esok dengan tenang.Alhamdulillah. Setelah menempuhi 10 hari berkempen, rata-rata pengundi masih kekal setia bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim. Syukur kita ke hadrat Illahi. Segala dakyah BN telah ditolak mentah-mentah oleh penduduk P.Pauh.
Permatang Pauh bukan hanya dikatakan sebagai kubu kuat dan nadi PKR malah pilihanraya kecil Permatan Pauh ini juga dikenal pasti sebagai tembok terakhir kerajaan Barisan Nasional. Kini BN berada di ambang kemusnahan walaupun mereka telah melancarkan kempen 'at all cost'.
Menurut tinjauan Malaysiakini sepanjang kempen ini sejak 16 Ogos, jentera kempen PKR sangat tersusun dan komited, mereka boleh bekerja siang malam tanpa mengira waktu.
Setiap pelusuk Permatang Pauh terdapat bilik gerakan PKR, malah ada dua atau tiga bilik gerakan di satu kampung.
Petugas-petugas pilihanraya PKR nampak begitu bangga membahagikan risalah perkembangan terbaru pilihanraya kerusi parlimen itu kepada orang ramai.
Ini merupakan petanda yang sangat baik lantas memberi kelegaan kepada semua peringkat masyarakat yang menanti Harapan Baru Untuk Malaysia.
Doa telah dipohon, segala usaha telah dikerah, pelbagai masalah berjaya diikhtiar, kini tiba masa untuk kita bertawaqqal dan menyerahkan semuanya kepada ketentuan Illahi. InsyaAllah.
Takbir !!!
RE-FOR-MA-SI !"
No comments
Post a Comment