Anwar dibawa ke Mahkamah Majistret esok

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibawa ke Mahkamah Majistret Jalan Duta di sini, esok.

Peguamnya, Sankara N. Nair ketika ditemui pemberita di hadapan rumah Anwar di Segambut Dalam, di sini pada pukul 10.40 pagi ini, bagaimanapun enggan mengulas lanjut tujuan anak guamnya dibawa ke mahkamah.

Beberapa pegawai polis berpakaian preman kelihatan berada di hadapan rumah Anwar di Segambut Dalam, di sini sejak pukul 10 pagi.

No comments

Powered by Blogger.