APA KES MAT TAIB DOK MENYALAK???

Pas berasa diperalat: Muhammad


DUNGUN: Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Muhammad Muhd Taib tidak terkejut apabila pemimpin Pas mula mencurigai dan mempersoalkan perjuangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata pemimpin Pas kini merasakan mereka diperalatkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu untuk mencapai matlamatnya dengan menumpang kekuatan parti itu, yang telah lama bertapak di negara ini berbanding PKR.

“Orang Pas ini ada banyak alasan untuk mencurigai Anwar. Kita dengar hubungan Anwar begitu rapat dengan pihak tertentu di luar negara. Dia duduk dalam pertubuhan dan jadi pengerusi yang boleh mencurigakan kita.

“Nampaknya, dasar-dasar dia banyak yang tidak disenangi orang Melayu menerusi beberapa pengumuman yang dibuat oleh pemimpin mereka misalnya mengenai isu Universiti Teknologi Mara (supaya 10 peratus kuota UiTM dibuka kepada pelajar bukan bumiputera),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Medan Info Desa Bandar Al-Muktafi Billah Shah, dekat sini hari ini.

1 comment

mohad said...

salam.. apa khabar...

Powered by Blogger.