Datuk Seri Anwar Ibrahim Di Seberang Jaya

Datuk Seri Anwar Ibrahim Di Seberang Jaya

Ikhtiar, strategi, usaha gigih - semuanya perlu ditingkatkan! Namun kita harus terus bermunajat kepada Allah Azzawajalla. Maka giatkan amal, doa dan solat hajat.

Pagi tadi di perkarangan An-Nahdhah Penanti, sahabat kami Ustaz Mutalib memimpin bacaan Yasin dan solat hajat. Saya terkesan sekali dengan tazkirah singkatnya, termasuk menimba pengajaran dari seorang alim yang memilih mendidik, mengherdik dan mendera putera raja. Sang putera merasa dianiayai lantas menaruh dendam terhadap gurunya.

Arakian, sang putera ditabal sebagai Raja. Si alim dititah mengadap dan disergah mengapa didera tanpa alasan? Gurunya menjawab dengan tenang bahawa demikianlah latihan sebaiknya buat raja agar merasakan perasaan orang yang derita akibat dizalimi dan harus melaksanakan keadilan.

Ustaz Mutalib meminta saya bersabar dengan penderaan, fitnah dan kezaliman yang dilalui bagi melayakkan diri memikul beban besar nanti, inshaallah. Dan semoga kezaliman dihindari. Wallahu’alam.

ANWAR IBRAHIM

No comments

Powered by Blogger.