Galeri gambar 'demam' pilihan raya Permatang Pa
16 Ogos 2008
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (berkemeja biru) mengiringi calon Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah (berbaju Melayu kuning) tiba di pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh, di Institut Perguruan Tuanku Bainun di sini, hari ini.
Turut mengiringi Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam
(berbaju kemeja putih).
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kiri) diiringi isteri Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang juga Presiden PKR, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa (kiri), Anggota Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang serta Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (belakang, tengah) ketika tiba di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil P.44 Parlimen Permatang Pauh, di Institut Perguruan Tuanku Bainun, di sini hari ini.
Pelbagai aksi ditunjukkan oleh para penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berkumpul di padang Institut Perguruan Tuanku Bainun di sini, hari ini yang menjadi pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pauh.
Penyokong-penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS membanjiri padang Institut Perguruan Tuanku Bainun di sini untuk memberi sokongan kepada Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengemukakan borang pencalonannya di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil P.44 Parlimen Permatang Pauh
di institut itu hari ini.
Para penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerbu seorang penyokong Barisan Nasional (BN) (tiga, kiri) yang lalu di hadapan mereka semasa menuju ke pusat penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh di Institut Perguruan Tuanku Bainun di sini, hari ini.
Beberapa anggota Puteri UMNO memberi bantuan kepada seorang rakan mereka yang pengsan ketika memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional Datuk Arif Shah Omar Shah yang mengemukakan borang pencalonannya di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil P.44 Parlimen Permatang Pauh di institut itu hari ini.
15 Ogos 2008
Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim (berdiri kiri) berucap di Masjid Guar Perahu, Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim (empat dari kanan) bersama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (lima dari kanan) ketika sidang akhbar di pusat operasi DAP Taman Arowana, Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) berjabat tangan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sejurus tiba di pusat operasi DAP Taman Arowana, Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Calon Barisan Nasional Datuk Seri Arif Shah Omar Shah (kanan) bersalaman dengan barisan pemuda Umno selepas melancarkan jentera pemuda Umno Permatang Pauh.
Calon Barisan Nasional Datuk Seri Arif Shah Omar Shah bersama-sama barisan pemuda Umno selepas melancarkan jentera pemuda Umno Permatang Pauh.
Naib Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil disambut anggota-anggota Wanita dan Puteri UMNO semasa mengadakan perjumpaan tertutup bagi menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika hadir di sesi taklimat mengenai persiapan anggota polis pada pilihan raya kecil Permatang Pauh di Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Tengah.
Turut hadir Ketua Polis Negeri Datuk Wira Ayob Yaakob (kanan).
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata sesuatu pada sidang media mengenai persiapan anggota polis pada pilihan raya kecil Permatang Pauh di Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Tengah.
Turut hadir Ketua Polis Negeri Datuk Wira Ayob Yaakob (kiri).
Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersalaman dengan exco pemuda Datuk Mukhriz Mahathir ketika hadir pada pelancaran Jentera pilihan raya Pemuda Barisan Nasional (BN) di Bilik Gerakan Induk Pemuda BN di Permatang Pauh.
Beberapa Pemuda Barisan Nasional (BN) mencuba pakaian dan topi BN yang diberikan bagi membantu BN menghadapi pilihan raya Kecil Permatang Pauh pada pelancaran Jentera pilihan raya Pemuda Barisan Nasional (BN) di Bilik Gerakan Induk Pemuda BN di Permatang Pauh.
Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (empat dari kanan) bersama ketua-ketua pemuda Barisan Nasional (BN) melaungkan "Barisan Boleh" pada pelancaran Jentera pilihan raya Pemuda Barisan Nasional (BN) di Bilik Gerakan Induk Pemuda BN di Permatang Pauh. Turut hadir Ketua Pemuda MCA Datuk Liow Tiong Lai (tiga dari kanan).
Calon Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak (tengah) bersama calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Parlimen Permatang Pauh (P44) Datuk Arif Shah Omar Shah (kiri) pada majlis perjumpaan Jentera UMNO
Pilihan Raya kecil Permatang Pauh.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak (kiri) mendengar sesuatu dari calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Parlimen Permatang Pauh (P44) Datuk Arif Shah Omar Shah pada majlis perjumpaan Jentera UMNO Pilihan Raya kecil Permatang Pauh.
Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) berjabat tangan dengan orang ramai ketika ceramah di Kampung Telok, Seberang Jaya.
Jentera pilihan raya BN (dari kanan) Mohd. Faizal Zakaria, Mohd. Nazi Ishak, Norsidi Arope, Mohd. Fadzli Zaidi, Jamhaizal Norsidi dan Aidil Musraffix Hasnol menggunakan 'masking tape' untuk memadamkan perkataan kerusi Dun Seberang Jaya bagi menggantikan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk pilihan raya kali ini
di pusat operasi Seberang Jaya.
Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Siti Noor Akasyah Jalil (kiri) dan Azlina Alias sibuk membuat persediaan di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh di Maktab Perguruan Tuanku Bainun bagi memastikan kelancaran proses penamaan calon.
Jalan sesak apabila demam pilihan raya bermula sepanjang jalan di Permatang Pauh.
Anggota-anggota polis memasanga kawat duri di Padang Maktab Perguruan Tuanku Bainun di sini, hari ini sebagai persediaan untuk memastikan kelancaran proses penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.
2 comments
Salam..jelesnyer tgk kemeriahan suasana di permatang pauh..huhu..pic yg kedua tu..nmpk cermin mata ayah saya je kt blakang Husam??hehe..alahai..;p
Semoga pengundi Permatang Pauh mmbuat keputusan yg bijak!
Post a Comment