gambar di permatang pauh.....


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak beramah mesra dengan penduduk-penduduk Kampung Permatang Rawa semasa membuat lawatan ke kampung berkenaan di sini, hari ini. Najib berada di sana untuk menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan pelancaran jentera pilihanraya parlimen Permatang Pauh peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di Permatang Janggus.


Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said (tengah) menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat mengenai beberapa insiden jentera pembangkang yang mengganggu dan menghalang petugas BN memasang poster dan bendera di kawasan itu di Balai Polis Kubang Semang di sini, hari ini.


Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama (dari kiri) Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengangkat tangan calon BN bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh Datuk Arif Shah Omar Shah (dua, kiri) sebagai tanda sokongan terhadap beliau selepas mengadakan perjumpaan bersama anggota jawatankuasa dan pegawai masjid Permatang Pauh di sini, hari ini.


Calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah (dua dari kanan) memeluk Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebaik sahaja ketibaan Abdullah di Tanah Liat, Bukit Mertajam, hari ini.


Seorang penunggang basikal sedang lalu di hadapan poster calon PKR,
Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh.


Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi beramah mesra dengan Ustaz Abu Bakar Endot (empat, kiri) dan beberapa penduduk Kampung Sungai Semambu,Tanah Liat di sini, semasa turun padang berkempen bersama calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh Datuk Arif Shah Omar Shah hari ini. Turut sama Ketua UMNO Permatang Pauh Datuk Abdul Jalil Abdul Majid (tiga, kanan).


Salah satu daripada tarikan kempen pilihan raya Permatang Pauh oleh PKR, sebuah replika meriam dibalut dengan bendera parti itu di Jalan Permatang Pauh.


Calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) bersama isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail ketika sidang media di Bilik Gerakan Utama Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Penanti dekat sini, pagi ini.


Calon BN Datuk Ariff Shah Omar Shah (kanan) beramah bermesra dengan penyokong-penyokong PKR dan DAP ketika mereka membuat kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh di Kampung Cross Street di sini, hari ini.


Bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Mohd Ezam Mohd Noor (tiga dari kanan) bersama calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah (dua dari kanan) bersalaman dengan orang ramai selepas ceramah di Kampung Tanah Liat, Bukit Mertajam, malam semalam


Calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menyampaikan ceramah di Kampung Baru Sungai Lembu, Bukit Mertajam, semalam.

16 Ogos 2008


Jurufoto Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) Mohamed Sairen Mohamed Nafis, 26, menunjukkan bahagian belakangnya yang dipukul oleh penyokong PKR kepada Exco Pemuda UMNO Datuk Mukhriz Tun Mahathir pada sidang media di sini, hari ini. Dalam kejadian itu, beliau mendakwa dipukul oleh penyokong-penyokong PKR selain kameranya dilarikan selepas berakhirnya proses penyerahan borang pencalonan Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh, di Institut Perguruan Tuanku Bainun di sini.


Jurufoto agensi berita asing Halim Berbar menunjukkan kepalanya yang cedera akibat dipukul oleh penyokong PKR ketika cuba membantu Jurufoto Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) Mohamed Sairen Mohamed Nafis, 26, (kiri) yang dibelasah oleh penyokong-penyokong parti pembangkang itu, pada sidang media di sini, hari ini. Turut hadir Exco Pemuda UMNO Datuk Mukhriz Tun Mahathir


Seorang penyokong PKR memakai topeng calon parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa hadir memeriahkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh di Institut Perguruan Tuanku Bainun di sini, hari ini.


Penyokong PKR menunggu di bawah terik mentari sambil dikawal ketat oleh polis di semasa penamaan calon pilihan raya Parlimen Permatang Pauh di Maktab Perguruan Tuanku Bainun,Bukit Mertajam,Pulau Pinang


Ahli Pemuda Umno mencabar penyokong PKR semasa menunggu
proses penamaan calon tamat.


Calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghilangkan dahaga sambil dikelilingi para penyokongnya selepas menghantar kertas pencalonannya di Maktab Perguruan Tuanku Bainun, Mengkuang, Bukit Mertajam.

No comments

Powered by Blogger.