Hinanya EZAM, di Kaca Mata TGHH, TGNA & TGHD
Permintaan Sdr Ezam, supaya semua alim ulamak dalam PAS, maksudnya ditujukan kepada TGNA, TGHH, TGHD dan lain-lain, bagi menyatakan pendirian terhadap sumpah laknat saiful, telah disambut dan dibuat penjelasan.
- Cabaran Ezam
I]. Pas perlu tampil pertahan cara saiful angkat sumpah
16/08/2008 7:46pm
BUKIT MERTAJAM 16 Ogos-Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Nor mendesak Pas tampil mempertahankan cara Mohd. Saiful Bukhari Azlan mengangkat sumpah kerana ia dilakukan mengikut proses Islam.
Sdr Ezam Mohamad Nor
- Penjelasan Tok Guru
- I]. Tuan Guru Nik Aziz tegaskan sumpah Saiful cara Kristian
Mohd Rashidi Hassan - Sun | Aug 17, 08 | 11:11:37 am MYT
IPOH, 17 Ogos (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat menafikan laporan yang dipaparkan dalam akhbar arus perdana hari ini, bahawa Saiful Bukhari Azlan bersumpah dengan cara Islam.
Dalam sidang media sempena Muktamar PAS di Stadium Indera Mulia dekat sini, Ustaz Nik Aziz menegaskan, sumpah menggunakan al-Quran bercanggah dengan Islam.
Katanya, apa yang dibuat Saiful dua hari lepas, menyamai apa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian yang bersumpah menggunakan Bible.
Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat
Ii]. Sumpah Saiful tindakan bodoh
Intan Abdullah & Mohd Nor Yahya - Sat | Aug 16, 08 | 12:39:28 pm MYT
IPOH, 16 Ogos (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menganggap tindakan bersumpah yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan bagi mempertahankan kebenaran dirinya terhadap kes liwat membabitkan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah suatu kebodohan.
Menurutnya, lebih malang lagi ia melibatkan mereka yang terdiri daripada kalangan cerdik pandai agama.
"Ianya suatu kebodohan dan lebih malang lagi melibatkan golongan yang memakai jenama Islam," katanya pada sidang media di Muktamar Tahunan PAS ke-54 hari ini.
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Iii]. Dr Haron Din persoal mengapa penuduh pula yang bersumpah?
Intan Abdullah | Foto Wan Zahari Wan Salleh - Sat | Aug 16, 08 | 3:57:25 pm MYT
IPOH, 16 Ogos (Hrkh) - Isu liwat yang membabitkan Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan merupakan suatu keganjilan.
"Apa yang berlaku dalam konteks Saiful Bukhari bersumpah memperlihatkan keganjilan, bilamana sepatutnya yang bersumpah adalah pihak yang kena tuduh, tetapi apa yang berlaku adalah pihak yang menuduh," katanya.
Bahkan tambahnya, pihak yang kena tuduh (Anwar) pula sedang menunggu perbicaraan. Bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia itu juga bertambah hairan apabila Saiful bersungguh-sungguh meminta Allah melaknat dirinya beserta keluarganya dalam sumpah tersebut.
"Mendengar Saiful melibatkan memohon kepada Allah melaknatinya beserta keluarga dan keturunannya tanpa menyebutkan berapa lama seolah-olah sampai ke hari kiamat, mana ada sumpah yang meminta Allah melaknati keturunan?"
"Tidak sepatutnya keturunan yang akan mewarisi kita dilaknati Allah bersama atas permintaan kita sedangkan mereka (keluarga) tidak melakukan kesalahan," ujarnya. Beliau turut mempertikaikan dalang di sebalik majlis angkat sumpah semalam oleh Saiful.
No comments
Post a Comment