Iskandar Malaysia Tiada sebarang faedah kepada golongan peniaga kecil

Dalam ucapannya, Shahrir yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna meluahkan kekecewaannya terhadap Iskandar Malaysia yang masih tidak menampakkan sebarang faedah kepada golongan peniaga kecil tempatan.

Dalam ucapannya, Shahrir yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna meluahkan kekecewaannya terhadap Iskandar Malaysia yang masih tidak menampakkan sebarang faedah kepada golongan peniaga kecil tempatan.

Shahrir Akui Iskandar Malaysia masih tidak menampakkan sebarang faedah

JOHOR BAHARU, 3 Ogos (Bernama) — Anggota Parlimen Johor Baharu Datuk Shahrir Abdul Samad mencadangkan konsep “milik bersama” bagi membolehkan penyertaan lebih besar penduduk setempat dalam pembangunan wilayah Iskandar Malaysia di Johor.

Pembangunan di wilayah itu bukan melibatkan soal pelaburan asing semata-mata kerana ia juga memerlukan sokongan penduduk setempat daripada segi tenaga dan penyertaan rakyat Malaysia, katanya kepada pemberita selepas majlis dialog bersama Persatuan Peniaga dan Penyewa Terminal Awam Larkin di sini, semalam.

Iskandar Malaysia, membabitkan wilayah pembangunan seluas 2,217 km persegi, setakat ini telah menarik pelaburan berjumlah RM33 bilion, iaitu kira-kira 70 peratus daripada RM47 bilion pelaburan yang disasarkan untuk pembangunan kawasan itu.

Sebelum itu dalam ucapannya, Shahrir yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna meluahkan kekecewaannya terhadap Iskandar Malaysia yang masih tidak menampakkan sebarang faedah kepada golongan peniaga kecil tempatan.

Katanya, beliau akan menyampaikan pandangannya berhubung perkara tersebut kepada Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (Irda) yang dipertanggungjawabkan untuk merancang, mempromosi, proses, merangsang, mempermudahkan dan melaksanakan pembangunan di kawasan itu.

No comments

Powered by Blogger.