Kenapa Naib Canselor UiTM Biadab?

Nak tersentak membaca kenyataan pedas Naib Cencelor Universiti UiTM yang tersiar dalam akhbar tempatan. Beliau melatah ekoran saranan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khalid Ibrahim supaya universiti tersebut menyediakan kuota 10% kepada bukan Melayu bagi meningkatkan kualiti daya saing yang sihat di kalangan pelajar bumiputra.



Ungkapan kenyataan beliau berbunyi: “Jangan cuba kacau, jangan cabar kita. Jangan sesekali cabar benda ini, terutamanya pemimpin Melayu yang mengkhianat bangsa”.

Kita nak tanya Prof. Ibrahim Abu Shah, dengan siapa kamu halakan cakap? Bukankah Khalid Ibrahim ketua kerajaan, sedangkan kamu cuma pegawai ekserkutif. Apakah kamu anggap jawatan Naib Canselor yang kamu sandang sekarang besar ke sehingga tak perlu menghormati ketua kerajaan?

Apakah kerana beliau ketua kerajaan negeri bukan dari BN menyebabkan kamu bersikap biadab dan mengugut. Apakah beliau pemimpin Melayu yang mengkhianati bangsa pada pandangan kamu?


Jika begitulah sikap seorang yang bergelar profesor tidak hairanlah jika ramai yang bergelar professor kangkong kerana mentalitinya setaraf dengan samseng dan mat rempit. Kalau ahli akademik tak pandai menghormati ketua kerajaan pilihan rakyat, jangan harap rakyat dan pelajar IPT sendiri respek terhadap mereka.


Sedarkah Ibrahim, tapak UiTM sekarang duduk di bumi mana? Tidakkah letak di Shah Alam, Selangor? Siapa yang perintah Selangor sekarang? Apakah kamu sedang bermimpi? Jika saranan seperti yang diberi oleh Menteri Besar Selangor itu dibuat oleh pemimpin UMNO, apakah berani kamu bercakap kasar begitu?

Buktinya, tidakkah sebelum ini sudah ada saranan sedemikian datang dari pemimpin persekutuan, tapi apa yang kamu sanggah. Tak ada pun. Ini menunjukkan sikap double standard beliau demi untuk menjaga periuk nasi, bukan nak jaga bangsa sangat.

"
SAPA YANG JADI PENGKHIANAT?
SAPA YANG SELAMA INI MEMBOLOT HASIL NEGARA?
PEMIMPIN MANA YANG KAYA?
RAKYAT MANA YANG MISKIN PAPA?
APA YANG PELAJAR DAPAT SEKARANG?
ADA KAH PELAJAR UNIVERSITI SENANG DENGAN KEADAAN SEMASA?
SAPA YANG MENJAHANAMKAN MELAYU?
PEMIMPIN KAYA TETAPI PELAJAR TERPAKSA IKAT PERUT?
RUMAH PEMIMPIN MANA YANG BESAR?
SAPA YANG ADA DUIT BANYAK SEKARANG?

KENAPA PELAJAR DI SALAHKAN?
ADAKAH HIDUP INI HANYA UNTUK DUNIA?
FIKIR-FIKIRKAN LAH WAHAI PEMIMPINKU.....
JENGUK LA PELAJAR DI UNIVERSITI....
TEPUK DADA TANYA IMAN..

No comments

Powered by Blogger.