komitmen tinggi penyokong Pakatan Rakyat Di Hari Penamaan Calon

BUKIT MERTAJAM, 16  Ogos -- Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah bersalaman dengan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas masing-masing menyerahkan borang penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh di Dewan Aminuddin Baki, Institut Perguruan Tuanku Bainun di sini, hari ini.

BUKIT MERTAJAM, 16 Ogos -- Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah bersalaman dengan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas masing-masing menyerahkan borang penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh di Dewan Aminuddin Baki, Institut Perguruan Tuanku Bainun di sini, hari ini.

Penamaan calon Permatang Pauh buktikan komitmen tinggi penyokong Pakatan Rakyat

PERMATANG PAUH, 16 Ogos (Hrkh) - Hari penamaan calon Parlimen P44 Permatang Pauh selesai dalam keadaan terkawal dengan menyaksikan sokongan pada Pakatan Rakyat berganda berbanding BN.

Walaupun hari ini bermulanya cuti persekolahan dan hari cuti bagi sektor awam, BN dilihat gagal menyaingi para penyokong Pakatan Rakyat yang dilihat lebih matang, tidak kebudak-budakan dan berdisplin.

Ahli dan penyokong Pakatan Rakyat yang datang dari seluruh pelosok tanah air lazimnya bermalam sama ada di hotel, homestay, rumah sewa mahupun surau, masjid ataupun Markas PAS dan KeADILan.

Kehadiran awal membolehkan mereka pergi lebih awal ke tempat berhimpun yang telah ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis.

Pihak keselamatan menempatkan penyokong KeADILan di bawah Lebuhraya Butterworth-Kulim manakala BN berdekatan Sekolah Rendah Mengkuang.

ImageHari ini juga menyaksikan calon Pakatan Rakyat bagi Parlimen Permatang Pauh, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak diarak bersama ahli dan penyokong kerana pihak polis mengarahkan semua orang yang berkumpul menunggu calon Pakatan Rakyat masuk dahulu untuk mengelakan keadaan bertambah sesak.

Memandangkan senario itu, Pakatan Rakyat terpaksa berarak tanpa kelibat calon dan pada mulanya timbul tanda tanya di kalangan penyokong kenapa Anwar tiada bersama rombongan tersebut sedangkan semua pemimpin KeADILan dan pemimpin PAS antaranya Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli, Ahli-ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali dan Dr. Mariah Mahmud dilihat hadir.

Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik ImageMat turut bersama setengah jam kemudian.

Berbagai sepanduk dan slogan dilaungkan para penyokong Pakatan Rakyat sekaligus menenggelamkan para penyokong BN yang sekali-sekala menunjukkan aksi lucah.

Selepas sesi bantahan tamat pada jam 11.00 pagi kebanyakan penyokong BN mengambil sikap menyepikan diri dan meninggalkan kawasan perhimpunan untuk mencari tempat berteduh berbanding penyokong Pakatan Rakyat yang terus berhimpun di tengah terik matahari.

Tepat pukul 11.45 pagi Pengurus Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, Roslan Yahya mengisytiharkan tiga nama calon yang layak bertanding iaitu calon ImageKeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, calon BN, Dato’ Arif Shah Omar Shah dan calon Angkatan Keadilan Islam Malaysia (AKIM), Hanafi Hamat.

Untuk mengelak kejadian tidak diingini, ratusan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan Rela dikerah mengawal keadaan.

Helikopter milik Polis Diraja Malaysia dilihat berlegar-legar di sekitar kawasan penamaan calon bagi mengawal keadaan.

Harakahdaily

No comments

Powered by Blogger.