LUAHAN HATI ANAK SELANGOR.....IKUTI LA

Hari ini saya menerima bil air baru negeri selangor, saya tersenyum puas kerana inilah kali pertama saya menerima bil yang harganya kurang daripada biasa (kurang RM10.00). Kalau zaman BN memerintah, bil akan bertambah sedikit demi sedikit lama2 jadi bukit. Dan ini kali pertama saya rasakan senyum manis MB baru itu senyum ikhlas, senyum rakyat biasa.

Saya percaya dan penuh yakin banyak lagi manfaat yang akan diperolehi oleh rakyat malaysia jika Pakatan Rakyat memerintah, tidak seperti BN yang kenyataan2nya tentang ekonomi banyak tidak masuk di akal dan sering berselindung (hanya masuk akal kepada golongan kapitalis).

Sebagai contoh kerajaan BN mengenakan cukai yang keterlaluan tinggi kepada barangan manakala peniaga pula memindahkan tanggungan cukai tersebut kepada rakyat jelata. Masing-masing lepas tangan. Apabila pemerintah sangat sayang akan golongan kapitalis maka rakyat menjadi sudah tidak berguna lagi (berguna ketika PR).

TIDAK SABAR MENUNGU HARGA MINYAK TURUN.

No comments

Powered by Blogger.