Nik Aziz selar Umno tidak bermoral


IPOH: Umno umpama parti yang tidak bermoral kerana meminggirkan rakan-rakan komponennya iaitu MCA dan MIC selepas kekalahan teruk kedua-dua parti itu dalam pilihan raya umum Mac lalu.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Umno perlu memperkukuhkan komponen mereka dahulu sebelum memulakan sebarang rundingan dengan PAS.

"Sekarang ni Umno kalah, MCA pun kalah, MIC pun kalah teruk. Mereka berdua ni kawan rapat Umno tapi dia (Umno) tak peduli.

"Pergi la ziarah (lawat) mereka dulu. Ini tidak, datang jumpa kita nak ajak muzakarah," katanya dalam sidang media selepas menghadiri sesi perbahasan usul di Muktamar Tahunan PAS ke-54 di sini, hari ini.

Menurut beliau, sesuatu yang mendukacitakan apabila Umno ingin bermuzakarah dengan PAS ketika parti itu menghadapi zaman keruntuhan dan kekalahan.

"Setiap kali Umno kalah teruk mereka nak kawan dengan kita, bila kita masuk Barisan Nasional (BN) dulu, mereka tendang kita," katanya.

Ditanya sama ada PAS masih bersedia untuk bermuzakarah dengan Umno selepas ini, Nik Aziz berkata, partinya sentiasa bersedia untuk itu pada bila-bila masa.

"Muzakarah tu terbuka sampai kiamat...mana boleh tak muzakarah dengan orang yang nak lawan Islam.

"Macam mana dia (Umno) nak faham Islam kalau kita tak muzakarah dengan mereka," katanya.

Namun jelas Nik Aziz, muzakarah yang ingin dilakukan itu mestilah bersyarat.

PAS sedia bermuzakarah dengan Umno jika tujuannya bukan untuk membincangkan mengenai kerjasama politik ataupun perkongsian kuasa.

"Muzakarah ni tujuannya ialah untuk mengingatkan jika kita terlupa. Saya lupa tuan-tuan tolong ingatkan, tuan-tuan lupa saya pula ingatkan...itu baru muzakarah," katanya.

Berhubung pendapat yang mengatakan muzakarah PAS-Umno perlu bagi menguatkan masyarakat Melayu, beliau berkata: "bila Umno tak ada, PAS datang, jadi sama saja. PAS ni Melayu, saya ni pun Melayu.

"Semuanya adalah Melayu. Jadi lebih baik PAS sebab PAS jaga semua dunia dan akhirat," katanya.

  • Dewan Ulama setuju PAS tidak sertai Pakatan Rakyat
  • Presiden PAS jamin bincang dengan parti capai keputusan
  • Belum ada ketua dalam Pakatan Rakyat - Hadi
  • Perwakilan ragui Kelab Penyokong PAS
  • Pemimpin tertinggi PAS perlu sekata, amalkan intelektual
  • PAS tidak mahu jalin kerjasama dengan 'parti berpenyakit', tubuh Muktamar Khas jika perlu
  • Ibrahim Ali: Budaya tidak sihat Umno menular ke PAS
  • Siapa layak jadi PM Pakatan Rakyat: Anwar atau Hadi?
  • Anwar hormati pandangan PAS berhubung bakal PM
  • No comments

    Powered by Blogger.