Nik Aziz: Tidak mustahil Anwar menang majoriti besar

Rakyat kini dah akil baligh (matang). Mereka boleh faham dan nilai sesuatu perkara dan bagi saya isu yang dikaitkan dengan Anwar adalah isu jijik yang sepatutnya tidak terlalu diperbesarkan - Datuk Nik Aziz

02-08-2008 04:42:21 PM

RANTAU PANJANG: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, tiada sesiapa berhak mempertikaikan tindakan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail kerana ia merupakan hak mutlaknya untuk berbuat demikian.

“Hak dia (Dr. Wan Azizah) untuk lepaskan jawatan (untuk diserahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim)… kalau saya nak lepaskan jawatan pun hak saya juga dan saya sendiri tidak ada sebab untuk tidak menyokong Anwar nak bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Masjid Tahfiz al-Riyadh di sini.

Menteri Besar Kelantan itu juga yakin isu negatif yang dikaitkan dengan Anwar tidak akan menjejaskan kredibilitinya dan tidak mustahil untuk beliau meraih majoriti undi yang besar pada pilihan raya kecil itu kelak.

“Rakyat kini dah akil baligh (matang). Mereka boleh faham dan nilai sesuatu perkara dan bagi saya isu yang dikaitkan dengan Anwar adalah isu jijik yang sepatutnya tidak terlalu diperbesarkan,” katanya. BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.