PAS tolak kerjasama, Umno jadi malu-malu kucing


PERMATANG PAUH, 18 Ogos (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa menegaskan, Umno menjadi malu-malu kucing apabila Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi mengulangi hasrat PAS tetap bersama Pekatan Rakyat dan menolak perlawaan Umno untuk bersama memerintah.
Iklan




Beliau menambah, PAS tidak akan menikam rakan seperjuangan dari belakang yang bersama-sama mengerakan reformasi sehingga mencapai kemenangan empat negeri serta mempertahankan Kelantan dalam Pilihan raya Umum Ke-12 lalu.

"Hari ini Umno sekali lagi jadi malu-malu kucing apabila Presiden mengulangi kenyataanya menolak terus usaha Umno untuk menarik PAS menyertai mereka.

"Lepas ini jangan ada lagi tohmahan yang mengatakan PAS hendak menyertai Barisan Nasional (BN) dan meninggalkan Pakatan Rakyat," ujarnya dalam ceramah Mengumpul Dana Parlimen Permatang Pauh di Kampung Bukit Jelutong semalam.

Semalam, Muktamar PAS di Ipoh memutuskan supaya PAS tetap bersama Pakatan Rakyat bahkan memperkukuhkan pakatan sedia ada untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang serta mempastikan kemenangan di Permatang Pauh.

Dato' Paduka Husam menambah, agenda negara sekarang ini memerlukan seorang pemimpin yang berwawasan tinggi untuk menyelamatkan negara daripada hangus dikhianati.

Maka, menjadi kewajipan rakyat di Permatang Pauh bersedia memenangkan calon Pakatan Rakyat pada 26 Ogos ini.

"Kita berdoa malah Menteri Besar Kelantan dalam kuliahnya berdoa supaya Anwar menang dalam pilihan raya kecil sekali gus menyenangkan laluan ke Putrajaya," katanya di hadapan 20 ribu orang hadirin.

Hadir sama dalam ceramah itu ialah Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Pulau Pinang, Dato' Zahrin Haji Hashim, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Ghani Shamsudin dan Setiausaha PAS Negeri, Fadzil Kemi. - mns_

No comments

Powered by Blogger.