Pegang Al-Quran Dengan Tangan Kiri?
Satu keberanian yang cuba dipamerkan oleh Saiful berhubung isu dakwaan Liwat yang dilakukan oleh DSAI ke atasnya. Apapun satu tepukan buat Saiful yang bersungguh-sungguh ingin membuktikan dakwaan tersebut walaupun siasat polis dan proses perundangan di mahkamah masih belum selesai.
Dari segi kehebatannya, sudah tentu ramai orang akan kagum dengan tindakan yang telah dilakukan oleh Saiful ini disaat Isu tersebut terus dipermain-mainkan oleh pihak media yang dibelakangi oleh kerajaan BN/UMNO. Namun apakah kita lupa bahawa kes dakwaan liwat tersebut telahpun diserahkan kepada pihak polis dan mahkamah serta turut dilaporkan ke mahkamah syariah.
Jika benarpun Saiful tidak merelakan dirinya diperlakukan perbuatan tersebut oleh DSAI, kenapa tidak sabar menanti proses perundangan yang membolehkan beliau mengemukakan bukti sehabis-habisnya untuk memastikan DSAI meringkuk dalam penjara buat selama-lamanya?
Akibat tindakan terburu-buru Saiful itu, telah wujud percanggahan tuduhan dimana sebelum ini beliau medakwa diliwat secara suka sama suka dan kini dakwaan terbaru beliau pula dilakukan tanpa kerelaan. Apapun perbuatan Saiful ini, seluruh rakyat Malaysia perlu tidak terburu-buru dengan menghukum DSAI tanpa keputusan daripada Mahkamah yang kita hormati.
Dalam isu bersumpah pula, TG Nik Aziz yang mempertikaikan cara sumpah Saiful tersebut ada wajarnya juga. Namun tidak kurang juga ada yang bersetuju dengan cara sumpah Saiful walaupun umu mengetahui pokok isunya adalah untuk memastikan DSAI tidak berada diarena politik tanah air.
Bagi rakyat Malaysia yang berfikiran rasional dan matang dalam isu-isu begini, sudah pasti dapat menilai dalam setiap tingkah perbuatan dan bicara antara dua insan iaitu DSAI mahupun Saiful. Tidak perlulah kita terlalu cepat menghukum tanpa usul periksa tanpa bukti-bukti yang konkrit.
Tentang cara bersumpah saiful, TG Nik Aziz telah mempertikai cara saiful bersumpah memegang al-Quran dan septutnya meletakan di atas kepala. Saya juga ingin bertanya, bolehkah pula bersumpah dengan memegang al-Quran di tangan KIRI ??? Boleh ke?
WALLAHUA'LAM
No comments
Post a Comment