percayalah,kita akan lalui situasi ini
"Assalamualaikum wbt,
Semoga kita semua sentiasa di rahmati dan di berkati oleh Allah SWT hendaknya
saya mengambil petikan ini daripada seorang sahabat sebagai renungan kita bersama.
Baru-baru ini pembunuhan
dan penyembelihan umat Islam secara rambang (massacres) telah berlaku di
Maluku dan Ambon Indonesia. Gambar-gambar yang mengerikan, mayat
kanak-kanak Islam yang dicincang serta orang-orang Islam yang dibunuh
beramai-ramai (massacre) boleh dilihat di internet.
Lapuran bergambar yang dilakukan oleh Dr Jemilah mengenai
pembunuhan-pembunuh an tersebut apabila difikirkan boleh menitiskan airmata
kita. Dan kesemuanya ini benar-benar telah berlaku dan bukannya imaginasi
seseorang.Saudara- saudari Muslim ku, sebenarnya, ini bukan insiden keke
jaman keatas kaum Muslimin yang terpencil.
Tragedi atau bala yang serupa pernah berlaku di Bosnia dimana ratusan ribu
orang-orang Islam dibunuh dalam kekejaman "cuci bersih" (ethnic cleansing)
oleh puak Kristian Serbs. Begitu juga di Kosova dimana puluhan ribu
orang-orang Islam juga telah "dicuci bersih", dibunuh; juga oleh puak
Serbs.. Kanak-kanak dan kaum tua yang tidak berupaya untuk mempertahankan
diri di bunuh begitu saja. Wanita-wanita Islam dirogol dan seterusnya
dibunuh.
Orang-orang Islam dipenggal dan dikelar anggota mereka. Ceritanya sama,
berulang-ulang kali. Mengapa kekejaman ini terus menimpa umat Islam di
merata dunia? Kita boleh salahkan kekejaman ini kepada konspirasi
antarabangsa terhadap Indonesia, atau rancangan jahat Barat terhadap kaum
Muslimin, atau pun sebagai tindakan kebencian Yahudi dan Kristian terhadap
kita, atau pun operasi cuci bersih puak Kristian Serbs. Tetapi adakah hanya
ini SEBAB MUSABAB YANG SEBENARNYA?
Dari pengalaman saya sebagai Sukarelawan Perubatan di Kosova, saya dengan
sendirinya telah melihat kubur-kubur orang-orang Islam yang dibunuh ditanam
beramai-ramai (mass graves), mayat-mayat yang sedang reput dan busuk,
keluarga-keluarga terutamanya kanak-kanak yang dalam ketakutan, rumah-rumah
dan masjid-masjid yang telah hancur musnah. Memangnya suatu pengalaman yang
kuat tamparannya. Dengan izin Allah SWT saya telah berpeluang tinggal
bersama-sama suatu keluarga yang baik di Prizren, Kosova. Ketua keluarga
itu, Imam Ismail dan anak sulungnya, Navahi, kedua mereka adalah imam,
begitu juga dengan datuk Navahi, juga seorang imam. Mereka mesra dan baik
hati.
Semasa satu dari perbualan kami di waktu petang, kami telah berbual
mengenai bala dan tragedi yang telah menimpa, bagaimana masyarakat Kosova
sebelum ditimpa bala pembunuhan massacre itu. Navahi yang fasih berbahasa
Inggeris telah menceritakan dengan penuh rasa segan dan malu mengenai
keadaan masyarakat Islam Kosova sebelum berlakunya genosid puak Kristian
Serbs. Antara perkara yang beliau sebutkan adalah kaum Muslimin di Kosova
telah lupa daratan dan membelakangkan Islam. Ramai tidak tahu sembahyang,
tidak tahu membaca Quran, telah lupakan syahadah, dan zina serta meminum
arak (bir) berleluasa di merata pelusuk. Hanya kaum tua sahaja yang masih
ke masjid.
Di sebuah bandar kecil bernama Djakova, dimana berlaku pembunuhan massacre
kaum Muslimin yang terdahsyat sekali, penduduk Islam disana telah berlaku
syirik terhadap Allah SWT. Mereka menyembah kubur orang-orang alim (saints)
yang dianggap keramat dan memasang lilin (seperti Kristian melakukannya
didalam gereja). Mereka mendakwa yang mereka bukannya menyembah
"keramat-keramat" tersebut tetapi menghampiri Allah melaluinya. Ini adalah
kepercayaan mereka yang nyata sesat. Tidak ada inter-mediaries" atau
perantaraan dalam Islam. Ini nyata perbuatan syirik. Imam Ismail adalah
Imam di masjid Djakova sebelum berlakunya genosid pembunuhan orang-orang
Islam beramai-ramai di bandar itu oleh puak Kristian Serbs.
Di bandar Suhareka, satu lagi bandar di mana pembunuhan secara massacre
keatas orang Islam telah juga berlaku, penduduk bandar tersebut telah
menggesa Bilal masjid supaya jangan melaungkan azan Subuh untuk memanggil
orang mengerjakan solat. Ini kerana azan mengganggu tidur mereka. (Saya
percaya ada dikalangan ummah kita yang sama menaruh perasaan benci
mendengar azan, atau mereka akan kaleh memekakkan telinga dan mengabaikan
solat. Ada yang langsung tidak bangun mengerjakan fardhu Subuh). Di satu
lagi bandar di Kosova, seramai 40 orang Islam (lelaki, perempuan,
kanak-kanak dan orang-orang tua) telah dibawa ke dalam hutan dan diikat.
Mereka kemudiannya ditembak mati oleh puak Kristian Serbs dengan senjata
AK47. Di bandar ini hanya golongan tua sahaja yang ke masjid.
Semasa kami membuat lawatan rawatan medic kesana kami telah tiba sejurus
sebelum masuk waktu Maghrib. Pemuda-pemuda disana memberitahu kami hanya
orang tua sahaja ke masjid. Benar kata mereka kerana apabila kami sampai ke
masjid hanya ada Imam dan seorang lelaki tua dan rombongan medic kami yang
bersolat di masjid tersebut. Semasa kami sedang mengedarkan Quran, seorang
pemuda yang mulutnya berbau arak bir meminta senaskah Quran untuk dibakar
buat memanaskan rumah beliau (Bandar tersebut dikelilingi hutan.. ) Oleh
yang demikian tidak mungkin tiada cukup bekalan kayu untuk bahan api buat
memanaskan rumah). Setelah membuat lawatan ke kawasan lain di Kosova, kami
lihat kebanyakan pembunuhan serta kemusnahan harta benda kaum Muslimin
berlaku di kawasan utara Kosova dimana masjid-masjid jarang kelihatan walau
pun majoriti penduduk terdiri dari orang Islam.
Bukan niat saya hendak menjatuhkan air muka saudara-saudari Islam kita di
Kosova, tetapi untuk mengingatkan kita semua kepada pengajaran dan iktibar
di Kosova agar kita tidak melakukan kesilapan yang sama. Seorang lelaki tua
yang kami temui, yang anak lelakinya telah dibunuh dan rumahnya dibakar,
telah meminta kami memberitahu umat Islam yang lain apa yang sebenarnya
telah berlaku..Oleh itu saya hanya menyampaikan apa yang diamanahkan oleh
orang tua itu. Navahi juga memberitahu kami mengenai situasi di Turkey.
Datok beliau kerap ke Turkey kerana ramai rakan kenalan disana.
Turkey, bukannya negara Islam,walau pun menonjolkan imej sedemikian. Turkey
diperintah golongan sekular yang ekstremis dalam fahaman, bahawa agama
Islam tiada kena mengena langsung dengan pemerintahan negara. Ini merupakan
ideologi kebanyakan orang-orang Islam moden masakini. Mereka mendakwa Islam
dan politik itu berasingan dan tidak boleh di campur. Golongan sekular
Turkey pernah berkata urusan pentadbiran negara hendaklah jangan
"tercemar"oleh ajaran Islam (seolah-olah politik itu suci dan Islam itu
kotor).
Mereka mendakwa Islam itu perlu disekat amalannya kepada masjid dan
rumah-rumah sahaja, dan dilarang digunakan di Parlimen, mahkamah dan
sebagainya. Pemerintah sekular Turkey menganggap hukum-hukum Syariah itu
kuno dan purba, hanya sesuai bagi puak-puak Arab zaman purba yang hidup
digurun dan menunggang unta. Bagi golongan sekular Turkey, undang-undang
Syariah tidak lagi sesuai bagi masyarakat bertamadun serba moden masakini,
iaitu di zaman kereta, komputer dan internet, pro-kebebasan dan hak asasi
manusia. Hukuman rejam ke atas penzina dan potong tangan yang mencuri
dianggap oleh puak sekular Turkey sebagai kejam dan tindakan orang-orang
yang tidak bertamadun, dan dengan demikian tidak lagi sesuai dilaksanakan.
(Tidak terlintaskah kepada mereka bahawa mereka berlaku syirik terhadap
Allah SWT).
TIDAK KAH SEMUA INI SAMA DENGAN KEADAAN KITA? Wanita di Turkey dilarang
berhijab/bertudung menutup aurat. Usaha untuk mempelajari agama Islam
dijadikan perkara yang susah oleh kerajaan Turkey. Pihak berkuasa yang
sangat menindas Islam adalah tentera Turkey. Navahi mengatakan anggota
tentera yang ditangkap mengerjakan solat dikenakan 'court marshal' (adalah
suatu kesalahan mengikut peraturan tentera Turkey untuk mengerjakan solat).
Saya menerima e-mail beberapa hari sebelum berlaku gempa bumi yang dahsyat
di Turkey baru-baru ini. Beberapa hari sebelum berlaku gempa bumi tersebut,
Jeneral-Jeneral tentera Turkey mengadakan temasya keraian (party) di
apartmen peranginan mereka di pantai Mediterranean. Mereka mengundang
perempuan jalang dari Israel dan telah bersukaria sakan, meminum arak dan
berzina.
Seterusnya Jenera-Jeneral tersebut telah memanggil seorang anggota pangkat
bawahan untuk membaca Al-Quran sambil mereka bersukaria, mabuk dan berzina.
Anggota pangkat bawahan enggan dan takut berbuat demikian, lalu seorang
Jeneral merampas Al-Quran itu dan memijak-mijak Al-Quran itu sambil
mencabar, "Mana dia Allah untuk selamatkan Quran ini". Mereka semua ketawa
terbahak-bahak.
Anggota tentera pangkat bawahan telah melihat suatu cahaya berwarna merah
samar memancar di horizon laut. Beliau ketakutan lalu melarikan diri keluar
dari apartmen Jeneral-Jeneral itu. Sejurus kemudian satu ombak yang begitu
tinggi melanda pantai dan menelan apartmen dengan Jeneral-Jeneral Turkey
tersebut kedalam laut. Yang berlaku sebijik semacam salah satu bala balasan
Allah yang difirmankan di dalam Al-Quran. Wallahu 'alam.
Di Palestine, saya terdengar dari seseorang di sana bahawa seorang Yahudi
pernah berkata kepada seorang Arab, "Kami Yahudi tidak takut dan gentar
selagi kami tidak melihat bilangan kaum Muslimin yang menunaikan solat
fajar berjemaah di masjid sama dengan bilangan kaum Muslimin yang menetap
di dalam qariah."
Di Bosnia, kebanyakan orang Islam telah membelakangkan agama mereka sebelum
berlakunya pembunuhan massacre disana. Mereka telah meniru cara hidup
Eropah kafir. Zina, arak begitu berleluasa, dan perkahwinan antara Kristian
dan Islam (secara murtad) dibenarkan. Orang Islam yang menjaga keimanan
mereka terlalu sedikit bilangan mereka berbanding dengan yang memilih hidup
dalam keadaan kejahilan moden dan kesesatan.
Saudara-saudari Islam, ini hanyalah contoh-contoh kemungkaran dan
keingkaran. Sekali lagi ditegaskan bukan niat saya mengaibkan mereka,
tetapi suatu iktibar perlu di ambil. Saya pasti sudah jelas bagi anda semua
SEBAB SEBENAR berlakunya bala bencana dan tragedi yang dahsyat tersebut..
Seperti firman Allah SWT didalam Al-Quran (terjemahan) : yang bermaksud
"Janganlah kamu jadikan seruan Rasul diantara kamu seperti panggillan
sebahagian kamu kepada sebahagian yang lain. Sesungguhnya Allah telah
mengetahui orang-orang yang beransur-ansur pergi di antara kamu dengan
berlindung (kepada kawannya), maka hendaklah orang-orang yang menyalahi
perintah Rasul takut akan ditimpa ujian atau ditimpa azab yang pedih."
(Surah An Nuur Ayat 63).
Dan didalam satu lagi ayat Allah berfirman (terjemahan) :yang bermaksud
"Maka tatkala mereka membuat Kami murka, Kami menghukum mereka lalu kami
tenggelamkan mereka semuanya (di laut)". (Surah Az Zukhruf Ayat 55)
Amaran-amaran didalam Al-Quran itu sangat jelas. Dan Allah SWT tetap tidak
akan mungkir janjiNya. Bukankah mereka ini (Bosnia, Kosovo, Turkey) telah
tidak mematuhi perintah Allah dan RasulNya? Bukankah mereka telah mencabar
Allah SWT? Adalah perkara mudah bagi Allah SWT menimpakan azab keatas kita
atau mengadakan dugaan bagi kita kerana Allah Maha Berkuasa atas segalanya.
Bala dari Allah SWT itu kalau tidak dalam bentuk pembunuhan, Allah SWT
boleh turunkan bala itu sebagai wabak penyakit, ribut, taufan, gempa bumi
dan banjir yang dahsyat seperti yang telah difirmankanNya didalam Al-Quran.
Jangan pula kita mempersoalkan sifat Allah SWT yang maha pengasih, maha
pengampun lagi maha adil kerana telah mengizinkan berlakunya pembunuhan
massacre keatas orang-orang Islam dan kanak-kanak itu. Rahmat Allah SWT
tetap ujud walau pun kita tidak dapat mengamatinya.
Misalnya, sesetengah yang dibunuh itu mungkin orang Islam yang lemah
keimanan mereka, telah melakukan banyak dosa dan sekiranya mereka mati
secara biasa bukan mati syahid, sudah pasti tempat bagi mereka adalah api
neraka. Wallahu 'alam. Dan kanak-kanak yang terbunuh itu sebenarnya
terselamat dari alam sekeliling yang berupa jahiliyah moden yang boleh
merosakkan mereka dan mungkin apabila mereka dewasa kelak, mereka akan
murtad atau berlaku syirik atau hidup bergelumang dengan dosa.
Tetapi Allah SWT telah mengambil mereka kembali dari dunia di waktu mereka
kecil lagi, dan dengan itu mereka terselamat dari membuat dosa, dan Insya
Allah akan masuk syurga di akhirat nanti, dan sayugia diingatkan akhirat
itu adalah kehidupan buat selama-lamanya. Bukankah ini berupa nikmat dan
rahmat Allah jua?
Kalau kita percaya hidup berakhir didunia ini sahaja maka kita akan
melihatnya sebagai tragedi yang tidak adil. Tetapi kalau kita percaya
kepada akhirat segala-galanya adalah ujian dan dugaan dalam perjalanan ke
akhirat. Tetapi ini tidak sama sekali bermakna kita membiarkan sahaja ummah
kita terus ditindas dan menderita begitu sahaja.
Kita ummat Islam merupakan keluarga yang besar dan menjadi tanggungjawab
kita untuk membantu mereka dan melindungi mereka kerana meraka adalah
saudara-saudari Islam kita. Oleh yang demikian apakah yang perlu kita
lakukan untuk mengelakkan bala dari Allah yang berupa bencana alam dan
pembunuhan menimpa diri kita dan mereka yang kita sayang? Jawapannya sama
seperti yang telah diturunkan zaman ke zaman.
KITA PERLU:
kembali ke jalan yang diredhai Allah SWT.
memohon keampunan Allah SWT.
bersatu dibawah panji dan kalimah 'La ilaa ha illallah' dan bukan dibawah
panji masing-masing.
berpegang sepenuhnya kepada HUKUM-HAKAM dan PERINTAH-PERINTAH Allah SWT dan
berhenti melakukan segala yang dilarangNya.
Ini tindakan-tindakan yang perlu kita lakukan. Nampaknya agak susah, tetapi
ia sebenarnya mudah, Insya Allah. Semuanya perlu bermula dari diri dan hati
kita. Jangan tinggalkan solat fardhu, pelajari dan dalami ilmu agama kita,
dan berdoa memohon Allah SWT menguatkan iman kita, dan hentikan
bertelingkah antara sesama sendiri mengenai perkara-perkara yang remeh.
Kita boleh mengelakkan dari ditimpa dengan bala pembunuhan dan lain-lain
bala keatas diri kita dan keluarga kita. Allah SWT telah berfirman bahawa
Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi kaum itu tidak
terlebih dahulu dengan sendiri berusaha untuk mengubahkannya. Kita perlu
memulakannya dahulu, dan Allah SWT akan memberi kita pertolongan seperti
yang dijanjikanNya.
Sebagai bukti, satu keadaan di Kosova.. Pada suatu petang saya telah ke
daerah Opoya, terletak di wilayah selatan Kosova, tempat asal Imam Ismail.
Di kawasan itu bandarnya tidak mengalami apa-apa pun. Tiada berlaku
pembunuhan massacre orang Islam, tiada pula kesan-kesan kemusnahan perang,
dan tiada tanda-tanda bahawa puak Kristian Serbs telah ke tempat itu.
Tetapi sebenarnya puak Kristian Serbs telah menetap di kawasan itu selama 8
tahun, sama seperti di lain-lain kawasan. Perbezaan yang dapat kita lihat
adalah diwaktu Maghrib, masjid di Opoya PENUH. Itu hanyalah waktu solat
fardhu harian yang biasa. Di hari Jumaat ianya penuh berlimpahan, dan bukan
hanya kalangan tua sahaja tetapi ramai pemuda sama berjemaah.
Dan mereka telah beramal walau pun godaan dan pengaruh buruk puak Kristian
Serbs telah ujud. Kami tidak melihat sesiapa dikalangan orang Islam yang
meminum arak disana. Saya diberitahu hanya satu tempat sahaja yang
dimusnahkan oleh bom puak Serbs, iaitu sebuah kafe yang pernah menyajikan
minuman arak. Pelanggannya datang dari kawasan lain.
Bandingkanlah perbezaan Opoya dengan bandar-bandar yang lain. Tidakkah
jelas dan nyata bahawa kekuatan itu berada di tangan Allah SWT dan bukan
bergantung sangat kepada tentera yang kuat untuk membalas serangan puak
Kristian Serbs. Inilah maknanya "La Haula wa laa quwata illa billah", tiada
kekuatan atau daya kecuali dengan kehendak Allah SWT. Sekiranya Allah SWT
tidak mengizinkannya, maka puak Kristian Serbs tidak akan dapat menyerang
sesebuah bandar itu. Oleh itu jadikanlah ianya suatu pengajaran dan
iktibar. Akhirnya mari kita sama-sama memohon doa' kepada Allah SWT.
Bismillahhir Rahmaanir Rahiim.
Ya Allah Tuhan kami. Tingkatkanlah keimanan dan ketaqwaan kami kepada
Engkau ya Allah dan Akhirat. Ya Allah, perkenankanlah taubat kami dan
ampunkan dosa-dosa kami di masa lepas dan yang akan datang. Ya Allah, kami
memohon taufik dan hidayah dari Mu kerana Engkau sahaja yang boleh
memberikannya. Ya Allah, tolonglah umat Muhammad SAW untuk bersatu, dan
lindungi kami dari pertelingkahan sesama sendiri. Ya Allah, kami berlindung
dengan Engkau dari Syaitan, Dajjal, dan dari tamak haloba.
Ya Allah, hapuskanlah kekejaman dan penderitaan yang dihadapi oleh
saudara-saudari Islam kami di Maluku, di Palestine, di Chechnya, dan dimana
saja mereka ditindas. Dan jika ditakdirkan mereka gugur, tetapkanlah Ya
Allah bagi mereka mati dalam syahid, mati dalam memperjuangkan agama Engkau
Ya Allah, dan mati didalam iman. Ya Allah, musnahkan kaum yang kafir untuk
kami kerana sesungguhnya Engkau yang maha berkuasa.
Pecah-belahkan mereka dan tanamkan ketakutan kedalam hati mereka. Ya Allah,
kami adalah makhluk Engkau yang lemah. Tolonglah kami Ya Allah kerana tiada
kuasa melainkan kuasa Engkau Ya Allah. Selawat dan salam kepada Nabi
Muhammad SAW, pesuruh Engkau Ya Allah Tuhan semesta alam. Wa
billaahit-tawfiq wal hidayah. Subhanaka Wabihamdika wa ash-hadu allaa
ilaaha illa anta. Wa nastaghfiruka wa na tuu bu ilaik Wasallallaahu 'alaa
Muhammaddin Nabiyil Wa 'alaa aalihi wasahbihi wassalam.
Wassalamualaikum warahmatullah wabarakatuh!
CATITAN PENTING:
Saya harap anda semua saudara-saudari Islam di Malaysia akan membaca
kesemua bahagian ucapan diatas dengan teliti. Ini bukannya perkara yang
boleh diambil ringan. Bagi kita di Malaysia bukankah bukti-bukti dan
tanda-tanda sudah jelas bahawa apa yang berlaku di Bosnia, Kosova, Turkey
dan lain-lain yang mempelawa bala diturunkan oleh Allah SWT sudah pun
berlaku di Malaysia dengan berleluasa?
1) Bilangan yang murtad di Malaysia semakin bertambah.
2) Zina dikalangan orang Melayu sudah berleluasa.
3) Arak dijual di merata tempat (7 Eleven pun ada menjualnya) dan ramai
orang Islam minum arak - lihatlah di Bangsar.
4) Ada segelintir orang Melayu yang tidak boleh menyebut shahadah. Jangan
terperanjat.
5) Rasuah berleluasa.
Senarai kemungkaran dan keingkaran ini begitu panjang sekali. Dan
segala-galanya adalah tanda-tanda yang sama dilihat di Bosnia dan Kosova
sebelum genosid dimana puak Kristian Serbs telah membunuh dengan rambang
untuk mencuci bersih orang Islam telah berlaku. Dan jangan terperanjat
kalau keadaan sama berlaku di Malaysia ini. Adakah kita memilih untuk
berdiam dan menuggu sahaja tanpa berbuat sesuatu sekarang juga. Kita tunggu
sehingga bencana menimpa, tunggu sehingga kita dapat melihat anak isteri
kita dan kita sendiri disembelih, tunggu sehingga lain-lain bala dari Allah
seperti gempa bumi, banjir besar , ribut taufan melanda Malaysia barulah
kita sedar dan tergesa-gesa kembali ke jalan Allah?
Adakah bala dari Allah yang kita idamkan? Gempa bumi dan ribut taufan
takberlaku di Malaysia? Kalau dikehendaki Allah gempa bumi yang dahsyat
yang memusnahkan hampir kesemuanya rakyat boleh berlaku esok lusa. Samada
kita kembali ke jalan Allah atau kita mempelawa bala diturunkan oleh Allah
keatas Malaysia adalah pilihan kita sendiri. Apa jua yang bakal berlaku,
kita dan keluarga kita yang akan menanggungnya.
Saudara-saudari Islam, di atas tadi adalah ucapan saorang pelajar Islam,
Najeeb Rahman dimajlis "Charity Lunch For Maluku" di University of Leeds.
Majlis tersebut di anjurkan oleh Persatuan Pelajar Malaysia University of
Leeds (Saudara Taufik dan beberapa mahasiswa perubatan) Bacalah. Agak
panjang tapi sangat menyentuh hati.
Diterjemahkan (sedaya yang boleh) oleh Tarabulsi semata-mata kerana Allah
SWT.
Sudahkah anda menunaikan SOLAT ?
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah
pesanku biarpun satu ayat."
Apa yang diharapkan supaya kita dapat memanjangkankan perkara ini kepada
rakan-rakan kita dan kita mendapat pengajaran dan kesedaran dari
peristiwa-peristiwa yang telah terangkankan tadi. Insyaallah kita berharap
kita mendapat taufik dan hidayah dari Allah S.W.T.
Wassalam
No comments
Post a Comment