Piala Monsun mungkin tidak dianjurkan tahun ini

KUALA TERENGGANU 11 Ogos – Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun yang sepatutnya berlangsung Disember ini mungkin tidak akan diadakan ekoran penganjurnya, T-Best Events mengalami masalah kewangan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, status penganjuran kejohanan itu masih samar kerana setakat ini, tiada rundingan baru diadakan antara T-Best Events dengan kerajaan negeri berhubung perkara itu termasuk daripada segi persediaan penganjuran kejohanan kapal layar Piala Coronation yang diadakan sebelum Piala Monsun.

“Dalam taklimat yang diberikan T-Best Events kira-kira dua bulan lalu, kerajaan negeri dimaklumkan syarikat itu memerlukan suntikan dana berbelas juta ringgit kerana mengalami kerugian, namun sehingga kini tiada rundingan lanjut diadakan, senyap sahaja.

``Kalau tidak ada, tak adalah. Kita akan teruskan dengan acara sukan rakyat seperti perahu panjang yang telah dirancang untuk diadakan semasa Piala Monsun sebelum ini,'' katanya ketika sesi dialog pada Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra Bersama Media di sini malam tadi. - Utusan

No comments

Powered by Blogger.