Solat hajat perdana bersama Nik Aziz dapat sambutan hebat

PERMATANG PAUH, 25 Ogos (Hrkh) - Program solat hajat perdana yang diadakan di Masjid Bandar Perda, Permatang Pauh berjalan lancar walaupun hujan turun mencurah-curah sejak petang semalam.


Ribuan jemaah datang dari pelusuk Pulau Pinang bahkan dari luar semata-mata untuk berjemaah di belakang Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat.

Namun, hasrat untuk jemaah bersama beliau tidak kesampaian ekoran kedatanganya agak lewat iaitu pada jam 9.30 malam akibat kesesakan dari Pekan Permatang Pauh dan Bukit Minyak.

Beliau tiba di tengah-tengah imam solat hajat perdana, Haji Salleh dari Sik, Kedah sedang membaca doa. Selepas Nik Aziz sampai laungan 'Allahu Akhbar' bergema berulang kali dari dalam dan luar masjid.

Sementara menunggu Nik Aziz menunaikan sembahyang Isya' pengerusi majlis, Ustaz ImageBadrul Amin menjemput Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairudin menyampaikan ceramah.

Semasa berucap beliau terasa malam ini merupakan malam paling bertuah kerana semua ulama berkumpul memberikan sokongan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim yang sedang berhadapan dengan fitnah yang dahsyat.

Suasana di luar orang ramai berpusu-pusu memasuki ke dalam masjid mengisi ruang kosong yang ada untuk mendengar amanat dari tokoh-tokoh PAS.

Selesai sahaja ucapan, Nik Aziz segera di bawa ke tempat ceramah di Padang Ibu yang terletak di Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti. Beliau akan berceramah bersama calon Pakatan Rakyat Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Anwar Ibrahim. - mr_

No comments

Powered by Blogger.