Sumpah saiful Palsu! Petunjuk Allah kepada kita....percaya lah

"

 Pada awalnya Ana tidak mahu memanjangkan isu sumpah laknat Sisaifulbhalol. Tetapi Ana dapati rata-rata komen yang Ana baca tidak memberi gambaran yang tepat berkaitan dengan sumpah laknat yang telah dibuat. Rata-rata pembaca merujuk kepada laporan akhbar tetapi tidak melihat sendiri rakaman peristiwa tersebut. Ana melihat rakaman awal yang disiarkan oleh Berita TV3 jam 7.30 am dan Ana dapati rakaman ini belum banyak diedit. ANA MENCABAR TV3 SUPAYA MENYIARKAN SEPENUHNYA PERISTIWA TERSEBUT TANPA DIEDIT!!!



Mengapa Ana membuat cabaran ini? Kerana disitu Sdr/i akan mendapat sesuatu petunjuk bagi mereka yang hendak berfikir. Sekurang-kurangnya ada dua(2) petunjuk besar yang ditakdirkan Allah.

Pertama. Semasa Sisaifulbahalol melafaskan sumpah, dia TIDAK dapat menyebut kalimah WATALLAHI, tergagap-gagap sehingga dibetulkan oleh Imam yang duduk disisinya. Jika diikutkan, dia mesti mengulang semula ketiga-tiga kalimah tersebut dengan lancar tanpa tergagap-gagap.

Kedua. Dia bersumpah bahawa dia telah diliwat pada 26hb.8 ..... kemudian dia terdiam. Lepas itu di menyebut 26hb.6.2008. Apabila dia terhenti tanpa beristigfar dan menyebut pula suatu tarikh yang baru bermakna dia telah diliwat dua kali. Sekiranya beliau tersilap menyebut tarikh 26hb.8 dan ingin membetulkan apa yang dilafazkannya, maka beliau mesti beristigfar memohon keampunan dari Allah dan memulakan semula lafaz sumpah tersebut. Betapa perlunya Sisaifulbahalol memohon keampunan dari Allah setelah melakukan kesilapan ini tidak boleh diambil mudah. Bala Allah pasti datang!

Ada beberapa lagi petunjuk Allah yang memberi tahu kita sisaifulbahalol ini berbohong. Contohnya, apakah fungsi AlQuran semasa dia bersumpah?
Adakah dia menyebut, "..... dengan nama Allah saya bersumpah dengan bersaksikan AlQuran bahawa saya ........" Adakah beliau berkata demikian? Tidak, tidak sekali-kali. Perkataan AlQuran tidak langsung terkeluar semasa beliau bersumpah..

AlQuran itu kalamullah. Mesti dihormati. Mesti dijunjung. Ini tidak! Dipegang dengan tangan kiri!!

Kedua-dua peristiwa diatas berserta beberapa keadaan yang lain yang telah Ana nyatakan adalah petunjuk kepada kita bahawa beliau sebenarnya berbohong! Ana tak kesal sangat kalau dia berbohong kepada Ana sebagai seorang rakyat biasa yang turut mendengar pengakuannya. Tetapi dia berbohong kepada Allah tuhan semesta Alam. Laknat Allah pasti datang dalam masa terdekat ini. Ya Allah, jika engkau menurunkan bala kepada sesaorang atau sesuatu kaum, janganlah kiranya engkau libatkan kami ya Allah, kau lindungilah kami ya Allah yang berusaha mentaatimu. Kami tahu, bala dan laknatmu amat dahsyat. Lindungilah kami ya Allah. Allah hu akbar!"

No comments

Powered by Blogger.