Datuk Chamil Wariya...hodoh perangai~malaysiakini

Cerpen karya bekas pengarang kanan Utusan Malaysia, yang menggambarkan seorang wakil rakyat wanita mati ditembak di atas pentas, kini bergelut dengan kontroversi selepas dikaitkan dengan Teresa Kok.

chamil wariyaCerpen 'Politik baru YB J' karangan Datuk Chamil Wariya yang terbit di Mingguan Malaysia baru-baru ini membayangkan wakil rakyat bernama Josephine itu seorang yang anti-Melayu dan anti-Islam oleh parti orang Melayu (POM).

Tokoh utama DAP Lim Kit Siang semalam membidas pengarangnya dan akhbar berkenaan berhubung perkara itu dalam ucapannya di Dewan Rakyat semalam.

"Saya bertanya, apakah reaksi wakil-wakil rakyat Umno dan BN jika perdana menteri atau timbalannya menjadi sasaran seumpama Teresa dalam satu cerpen tidak bertanggungjawab seperti karya Chamil," kata ahli parlimen Ipoh Timur di blognya.

teresa kokTeresa, ahli parlimen Seputeh dan anggota exco kanan kerajaan Selangor, dilaporkan enggan mengulas cerpen itu dengan alasan beliau dan Utusan Melayu Bhd kini saling saman-menyaman masing-masing berhubung berkaitan agama dan "makanan anjing".

Cerpen 'Politik baru YB J' mengisahkan perjalanan ahli parlimen Alam Maya, Josephine menghadiri dialog dengan “generasi muda seketurunan dengannya yang yang pernah mempersendakan lagu Negaraku sewaktu menuntut di luar negara”.

Dalam perjalanan itu, beliau yang lebih dikenali sebagai YB J kelihatan “resah”, “gelisah” dan “seolah-olah tidak menentu” tidak seperti selalu.

Pada masa itu, Josephine dilihat pro-Cina dan tidak mewakili pelbagai kaum, terutamanya oleh POM, antaranya kerana mahu menghapuskan tulisan jawi dan menggantikannya dengan tulisan Cina.

Bagaimanapun, menurut Josephine, beliau sekadar memperjuangkan kepentingannya, sama seperti pemimpin Melayu dalam POM dan pemimpin Parti Orang Islam (POI) berjuang untuk bangsa mereka.

Dalam pilihanraya lalu, ahli politik lantang yang mendukung Gagasan Baru Politik Baru turut mendapat sokongan Melayu di kawasannya.

Tiba di tempat yang dituju, ketika menuju ke rostrum, seorang daripada 500 hadirin menghala kepadanya. Tanpa berkata apa-apa, dia mengeluarkan sepucuk pistol dan menembak YB J.

Anak muda itu mati ditembak balas.

Sewaktu pemeriksaan mayat dibuat, terselit sehelai nota berbunyi:

"YB Josephine adalah ancaman terhadap keharmonian. Lebih baik riwayatnya ditamatkan supaya masyarakat berbilang kaum boleh tinggal aman damai di negara bertuah ini. Saya berkorban untuk masa depan."

http://www.malaysiakini.com/news/91289

No comments

Powered by Blogger.