banyak benda haram...kenapa ambik setengah sahaja?

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Kerajaan mengisytiharkan kumpulan Hindraf, yang menjadi perhatian sejak pertengahan tahun lalu, sebagai sebuah pertubuhan haram.

Kerajaan mengumumkan keputusan sehari selepas tiga pemimpin kumpulan tersebut diambil keterangan mengenai tindakan kira-kira 300 penyokongnya menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan anggota Kabinet di PWTC 1 Oktober lalu.

Pengisytiharan itu diwartakan berkuat kuasa hari ini setelah berpuas hati dengan segala fakta dan bukti bahawa Hindraf telah dan sedang digunakan bagi maksud memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara dan akhlak, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dalam satu kenyataan hari ini.

"Berdasarkan kuasa di bawah Sekyen 5(1) dan Akta Pertubuhan 1966, diisytiharkan Hindraf adalah sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang," kata Syed Hamid Albar. Penyelaras pusatnya R. Thanenthiran ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengeluarkan reaksi rasmi esok selepas melihat teks kenyataan Kementerian Dalam Negeri sepenuhnya.

"Kami hanya akan mengulas esok. Biar kami melihat kenyataan keputusan (diharamkan) terlebih dahulu.

"Kami tidak mahu mengatakan sesuatu terlebih dahulu tetapi diubah kemudian oleh pihak yang sudah kehilangan kepercayaan rakyat," kata beliau.


selamnjutnya...

1 comment

goddamn those who should b damn said...

kepada bro2 india,semua kasi join itu hindraf,tengok itu botak chin berteloq buat apa

Powered by Blogger.