isu yb khalid~malaysiakini
Biasanya tidak ada orang lain dah yang akan bercakap kerana penggulungan yang di lakukan oleh mereka itu pasti akan memuaskan hati para hadirin yang mendengar.
Dalam Isu YB Khalid Samad ini…nampaknya beliau cuba untuk menjadi pemegang microfon terakhir dan cuba untuk mewujudkan suasana bahawa kalau ada orang yang menjawab balik tulisan beliau ini akan di anggap penyibuk dan cuba mengeruhkan suasana, tak serik-serik dan mungkin bermacam pandanganyang negetif. Beliau cuba untuk menjadi pemegang microfon terakhir… respon saya minta Maaf Yb Khalid anda tidak layak untuk menggulung atau menjadi pemegang microfon terakhir.
Saya ucapkan terima kasih juga kepada saudara Zahid Yusof yang telah menambahkan ilmu dan kefahaman pembaca dengan penjelasan2nya dari kitab Fi Zilal. Saya sebut Ibn Kathir beri contoh Hudaibiyyah, beliau sebut Syed Qutb beri contoh Mithaqul Madinah. Ia memperluaskan dan memantapkan lagi kefahaman kita terhadap maksud ayat berkenaan. Namun, boleh disimpulkan dari penjelasan beliau juga bahawa maksud ayat Al-Anfal 61 tidak mewajibkan bersatu dengan UMNO.
Tiada seorang pun yang mewajibkan bersatu dengan UMNO, yang di katakan oleh penulis yang tidak bersetuju dengan YB Khalid dalam menggunakan ayat ini ialah keharusan bermuzakarah, muqabalah dengan UMNO. Kalau sekiranya isu yang mahu di jelaskan itu ialah berkaitan dengan Khutbah Raya…mengapa sebagai YB, dan Pimpinan PAS diperingkat yang tinggi tak leh pegi jumpa Khatib tersebut dan berbahas dengan beliau…kenapa harus babitkan semua Ahli PAS dalam perkara ini sehingga disiarkan di dalam blog…
Kalau saudara Zahid masih ingat, konteks perbahasan ini adalah khutbah raya yang saya sebutkan. Di mana dan siapa khatibnya, saudara Zahid boleh cari sendiri. Atau jumpa saya dan saya beritahu tetapi bukan di Blog ini
Sebenarnya saya dah malas untuk bincang perkara ini sebab daripada apa yang di tulis ini sudah menjadi 2 utas tali kapal yang basah cuba di tegakkan… saya sudah baca tulisan ini dalam bolg YB Khalid…saya ignore saya sebab saya fikir blog dia hanya orang yang sependapat dengan dia sahaja yang akan baca…dan tak perlu saya jawab balik…. hatta nak jawab dalam blog saya sendiri pun saya rasa amat malas… biarlah ianya berlalu di tambah pula dengan hujjah-hujjah yang dapat di baca sebagai sudah mula sependapat dengan saya…. tetapi bila disiarkan di TKO…saya rasa YB khalid masih mahu memanjangkan perkara ini… jadi saya rasa, saya kena jelaskan lebih lagi nama saya di sebut secara terus di sini.
Sepatutnya respon Zahid diletakkan bawah tajuk ‘Surah Al-Anfal (Ayat 61-62) diputar belit?’ dan bukan respon kepada ‘Wahai Anakanda..’. Saya tidak tafsirkan ayat mengikut akal saya tetapi sepertimana disebut, rujukan saya Ibn Kathir. Saya bukan mufassir dan tak pernah anggap diri saya begitu. Saya juga rujuk Tafheemul Quran oleh Maududi dan tafsir2 kecil yang lain. Mereka tak sebut sahifah madinah sebagai contoh maka saya tak sebut. Saya tidak berpeluang pada masa itu untuk rujuk pada Fi Zilal. Sambil itu, saya hanya ingin membentangkan penjelasan ringkas seperti yang saya sebutkan dan bukan tafsir penuh ayat berkenaan dalam artikel saya. Kefahaman yang saya perolehi dari tafsir2 tersebut membawa kepada kesimpulan ayat ini tidak mewajibkan kerjasama dengan UMNO.
YB Mengaku bahawa YB hanya merujuk kepada kitab-kitab kecil dalam menafsirkan ayat ini (anfal 61-62)…tapi dengan hanya merujuk kepada kitab-kitab kecil ini YB sudah boleh kata orang lain sebagai berfikiran dangkal , betul ke macam ni…saya ingatkan YB sudah baca/rujuk kepada kitab-kitab besar atau paling kurang rujuk kepada Ulama'-ulama' sebelum nak lebelkan orang lain sebagaimana dangkal.
Kepada saudara abu amirah al salimbari, terima kasih atas soalan2 anta. Saya respon begini; Ya benar, ayat 61 Al-Anfal menjustifikasikan muzakarah dan muqabalah sahaja. Dan betul juga bahawa muzakarah dan muqabalah tidak merupakan pengkhianatan. Tiada pemimpin yang setakat ini menyatakan secara terbuka bahawa mereka mengusahakan pergabungan/kerjasama PAS-UMNO serta keluar dari PR. Dan benar juga bahawa sekiranya ingin melakukan itu, Dato Seri Presiden telah menyebut perlunya satu muktamar khas.
Kalau dah mengaku pandangan Abu Amirah ini habis la cerita penyatuan PAS/UMNO, tetapi kenapa YB masih lagi mainkan isu ini?.
Semuanya kelihatan cantik dan indah sepertimana yang sepatutnya dan saya sendiri menganggap bahawa setelah pertemuan 10hb Mac, dan penolakan tawaran BN pada petang itu, (ya memang ada tawaran-sila rujuk artikel saya satu hari di hari raya) semuanya selesai. Zahid meminta saya menjelaskan apa yang berlaku sebelum, tengah dan selepas perbincangan itu. Tak perlu saya jelaskan, takut2 luka lama berdarah kembali. Kalau Zahid nak tahu juga, datang berjumpa, kita pi duduk di kedai mamak, kita cerita.
YB dah mengaku ada penawaran dan dah mengaku ada penolakan..dah jelas la tu…so lepas ni dah la dok ungkit pasal PAS nak bergabung dengan UMNO….dan pegi cari tok khatib tu…bagitahu kat dia sorang-sorang…tak payah cerita kat sini.
- Berikan gambaran PR bermasalah. PAS dipinggirkan oleh yang lain. DAP extremist, nak haramkan azan. Ahli2 majlis PBT di Selangor, Melayu hanya 30% kononnya. Melayu/Islam tercabar(Bunyi macam kritikan UMNO je?). Rintihan ini bermula dari awal2 lagi selepas tawaran 10hb Mac ditolak.
- Gagalkan pembentukkan kerajaan Pusat oleh Anwar. Bagaimana? Perlekehkan Anwar dan tuduh dia menipu, janji kosong dsbgnya. Timbulkan keraguan terhadap kebersamaan PAS supaya MP UMNO/BN tak jadi lompat. Mereka takut sekiranya mereka lompat ke PR, PAS tak bersama. Teruk mereka selepas itu. Kalau cukup orang pun, bukan Islam majoriti. 3M tak tercapai. Anwar gagal!
- Setelah gagal, atas dasar Siyasah Syariyyah, cadangkan kerajaan gabungan PAS-BN di peringkat pusat dan negeri2. Kesatuan Melayu/Islam. Sepertimana yang disebut, panggil Muktamar khas. Majlis Syura dijangka setuju. Perwakilan wala’ dan thiqah. Tekankan soal wala’ dan thiqah dari sekarang. (Ini perancangan, tak tentu berjalan begitu, lebih2 lagi dengan ketegasan TGNA).
- Sebagai ganjaran atas usaha2 kita maka tawarannya adalah - Jawatan2 MB sekarang semua kekal, termasuk Perak. Selangor kita juga dapat, maka tambah satu. Di Terengganu peranan kita diupgrade hingga melibatkan jawatan exco dan sebagainya.
- Jawatan beberapa Menteri Pusat ditawarkan, begitu juga Timbalan Menteri.
Lima perkara yang mengelirukan!! Ada yang baru terjadi…dan ada yang sudah lama, cerita 3M contohnya..itu cerita sebelum raya baru ni je…dan bagi semua pendokong PAS apa yang tak kena dengan ketegasan Presiden itu…kenapa ketegasan presiden itu harus di kaitkan dengan UMNO? Apa YB ingat Presiden kita ni dangkal jugak ke sampai tak leh fikir?!
Kemudian masalah wala' dan Thiqah…apa salah ke kalau di tekankan perkara ini, sebab semakin ramai ahli kita bahkan ada pemimpin kita (bukan YB Khalid) yang lebih thiqah dan wala' kepada Presiden PKR dari PAS, sehingga ada yang sanggup jadi Pemegang Tombak di belakang Anwar semasa Sidang Akhbar sedangkan masa sidang Akhbar Presiden PAS yang nampak hanya ketua Dewan Muslimat je…mana pegi hulubalang-hulubalang…ke dah bertukar wala'?
Berkenaan dengan ketegasan TGNA….ketegasan TGNA sama dengan ketegasan DSTGHH dan Ketegasan Muktamar… apa yang peliknya!.
PBT Selangor…..Yab Khalid tanya Dr Hassan Ali la….tak payah ribut-ribut siar dalam blog…..orang yang cakap tu pun dia cakap dalam Muktamar je…lepas tu tak dengar lagi dah.
Apa yang PAS nak lagi? Tidakkah tawaran2 ini begitu menggiurkan? (meminjam istilah Nik Abduh) Best!!! Saya pun tidak tahu siapa ‘master-mind’ sebenar. Mungkin orang luar yang menjadi jambatan di antara kita dengan UMNO. Merekalah yang menyusun pertemuan 10hb Mac yang lalu. Ada yang mencadangkan orang yang terlibat mengaku sahaja dan minta maaf dengan jemaah - Saya setuju.
Rupanya YB Khalid pakai main tembak dalam gelap je…ingatkan dia tahu…kalau berita tu datang orang yang tak tahu hujung pangkalnya..Al Quran dah ajar kita bagaimana bagaiamna kalau orang fasik datang kepada kita dengan membawa berita maka kena selidiki dahulu
Akhir sekali berkenaan dengan soal pengkhianatan kepada PR sudah tidak timbul lagi…jika ada pimpinan yang cuba timbulkan maka pasti Ahli menghukum..Cuma amat tidak baik jika benda ini belum jelas maka sudah riuh sekampung.
Sebelum noktah saya nak ajak kita semua berfikir…tentang matlamat perjuangan kita…perjuangan kita ni untuk MERUNTUHKAN BN KE NAK TEGAKKAN ISLAM? Jika mahu meruntuhkan BN kita kena pastikan yang tertegak selepas jatuhnya BN itu ialah Islam…..jika kita mahu tegakkan Islam kita boleh juga mengambil contoh bagaimana keadaan ketika jatuhnya Kota Baghdad ke tangan Tentera Monggol…satu tentera yang di gelar sebagai tentera yang tidak akan kalah…ceritanya cukup terkenal..Sungai Darah di Kota Baghdad..bagaiamana Sungai Furat dan Dijlah…semua tahu…semua juga tahu tentang Undang-undang Yasa' yang di asaskan oleh Monggol…tetapi harus juga diingat walaupun tentera monggol ini tidak dapat di tewaskan di medan Perang (walaupun akhirnya tewas di ain jalut) akan tetapi mereka berjaya di 'tewas'kan oleh Islam dengan mereka memeluk Islam dan akhirnya membentuk satu empayar besar di benua India… Cerita ini bukan lah bermaksud membenarkan penggabungan PAS/UMNO tetapi sejarah banyak menceritakan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkara ini yang perlu di kaji dan di dalami.
Kesimpulannya….sebagaimana Ucapan pimpinan (Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Mursyidul Am, Timbalan Mursyidul AM dan Semua pimpinan) tidak ada penggabungan antara PAS/UMNO yang ada hanya Muqabalah bukan dengan UMNO sahaja tapi semua pihak. Dan sebagaimana yang di Putuskan oleh Muktamar PAS di Ipoh…PAS bertanggungjawab memperkukuhkan PR, dengan membawa PR ke dalam arus Perdana Politik Negara dengan penuh BERAMANAH agar ianya semakin kukuh dan boleh menghancurkan BN sehancur-hancurnya..
kata Saidina Abu Bakar R.A BENAR ITU AMANAH BOHONG ITU KHIANAT.
No comments
Post a Comment