Meniti Tuntutan Perjuangan Pasca-Muktamar ke-55.
Oleh Dr Dzulkefly Ahmad
Sebagai seorang optimis tegar, walau apapun ‘kemelut’ atau ‘ribut’ yang sedang dilalui PAS menjelang Muktamarnya, penulis terus positif bahawa pengaakhirannya akan lebih baik dari permulaannya.
Umum juga terus menekuni serta memantau perkembangan parti politik Islam yang tertua di negara ini. Tidak kurang menarik berbanding Umno dalam menghadapi Perhimpunan Agungnya yang lalu, bahkan dari sisi-sisi tertentu melebihi tarikan parti Melayu terbesar itu. Bayangkan akhbar Utusan pun, yang diboikot PAS sedikit waktu lalu, juga membuat liputan sudah genap seminggu.
Secara sedar atau kurang sedar, PAS sedang mengharungi era pendewasaan paling matang dalam sejarah jatuh-bangun perjuangannya. Kekadang kepimpinan tertinggi turut terasa semacam ‘gayat’- khawatir bercampur gerun meniti kesemua liku-liku laluan ini. Tentunya.
Menyingkap pencapaian PAS dalam pilihanraya umum ke-12 lalu serta dua pilihanraya kecil khususnya di Kuala Terengganu dan Bukit Gantang, meletakkan PAS kini di satu garis prestasi yang terbaik dalam sejarah perjuangan politiknya.
Kalau dulu, kerusi-kerusi campuran 60-40 yang dicipta-reka Umno/BN pada persempadanan 2003, dimenangi seratus peratus oleh Umno/BN dalam PRU ke-11, 2004. Kini PAS mampu tawan kerusi-kerusi ini, disamping parti-parti komponen Pakatan Rakyat lain. PAS juga terus mendominasi kerusi-kerusi majoriti Melayu Pantai Timur dan Utara. Senario ini amat berat bagi Umno/BN. Senjata sudah makan tuan. Strategi lama kini diguna lawan. Politik Baru memerdekan rakyat supaya celek-politik dan tidak lagi dibelenggu media BN. Umno kaget dan tertekan.
Memang benar PAS mendapat laba besar dari tsunami politik yang melanda musuh tradisinya Umno dalam PRU ke-12. Akan tetapi telahan itu agak simplistik kalau terhenti di situ sahaja. Perlu diketahui bahawa PAS berjaya menyahkan pelbagai prajudis (Innoculation Strategy) terhadap parti Islam ini dengan pelbagai cara penerangan termasuk mengungkap Manifesto “Negara Berkebajikan” dan cogan-kata “PAS Untuk Semua” dalam pendekatan “Engagement” yang meluas dan berterusan. Barulah runtuh segala tembok persepsi negative terhadap PAS.
Namun umum turut mengingatkan bahawa PAS kecundang dalam pertarungan PRU ke-11, 2004, setelah meraih kejayaan lebih besar dalam PRU ke-10, yakni memerintah dua buah negeri secara majorit selesa, mempunyai 27 kerusi parlimen dan menjadi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia. Kini sebutan supaya PAS tidak mengulangi kesilapan pasca 1999 kembali kedengaran.
Apakah maksud ingatan berbau ancaman ini? Penulisan ini bercadang menghurai beberapa aspek penting dalam garapan persoalan ini. Penulis sengaja tidak mengungkapnya sebagai satu permasalahan, bahkan mengutarakan nada positif ‘Penyongsongan Perjuangan Politik PAS’ atau “PAS’ Political Trajectory” dalam gelanggang dan realiti “Politik Baru”.
Penulis tidak bercadang sekadar mengulangi penghuraian “Politik Baru’ di segi sifat-sifat, gelagat dinamikanya serta tuntutannya seperti penulisan-penulisan lalu. Sebaliknya, penulisan ini akan cuba mengolah secara kritis tajuk terkini – “Perjuangan & Kepimpinan” dengan berlatar backdrop emotif dan sensasi menjelang Muktamar ke-55, dalam kerangka tunutan ‘Politik Baru”.
Mengikuti segala penulisan, rencana, interbiu dalam Media Baru dan Media BN yang semakin rancak, memberi faham kepada umum bahawa wujud pertikaian atau polemik dalam PAS tentang kelayakan penyandang kepimpinan tertinggi parti, khususnya kedudukan Presiden dan Timbalan Presiden.
Hakikat ini sudah terserlah dan tidak dapat dibenteng lagi. Pertikaian terbelah kepada dua mazhab pemikiran yang satu berpandangan hanya Ulama sahaja yang layak dan satu lagi berpandangan golongan Profesional/Aktivis juga turut layak menjawat kedua-dua jawatan tersebut. Tak kurang juga kelompok yang berusaha untuk mendamaikan serta mengendurkan ketajaman konflik dengan mengutarakan penyelesaian ’hibrid’ atau ’baru’ dengan ungkapan Ulama yang Profesional dan Profesional yang Ulama.
Kesemua mempunyai protagonis atau penyokong yang sama-sama hebat mendapat liputan luas dengan polemik mereka hatta dalam akhbar pihak BN sendiri. Meriah dan rencam sekali polemik diadun dan ditaja oleh semua media. Sejauh ini belum ada yang dihukum atau didisiplin, masing-masing dengan gaya bebas tersendiri.
Meskipun punya kesan negatif, dengan ada yang didakwa memilikki agenda tersendiri dari sekadar memperkuatkan parti dan perjuangan, penulis bersedia menerima bahawa PAS wajar mendepani kesemua cabaran tuntutan realiti baru ini dengan cekal, telus dan berani. Penulis juga ingin tumpang semangkuk, kalau –kalau ada kebaikan yang boleh dikongsi setelah membaca pelbagai ide orang lain.
Penulis tidak dapat mengelak menyebutkan bahawa polemik ini menyerlahkan satu kelemahan metodologi berfikir dalam PAS. Ini intipati penulisan ini. Kita terperangkap dalam berfikir secara Emotif dengan penggunaan emosi atau perasaan atau secara Intuitif berpandukan hati kecil tanpa menggunakan fakta dan maklumat lengkap.
Ini telahan umum penulis bukan menghukum mana-mana pihak. Kedua-dua kaedah ini mempunya kebaikan pada menyelesaikan permasalahan tertentu tetapi tidak dalam perkara yang sedang ditangani ini yakni Kepimpinan & Perjuangan.
Pertamanya penulis melepaskan nafas lega mengucap syukur kepada Allah Azza Wajalla setelah penelitiannya mendapati tidak ada satu peruntukan pun di dalam Perlembagaan parti yang meletakkan syarat-syarat kelayakan spesifik untuk menjawat kedua-dua jawatan tersebut.
’Konvensyen’ pula adalah satu perkara yang tidak mulzimah atau syarat mengikat atau ’binding’ kepada ahli. Sedikit waktu lalu penulis juga merakamkan perasaan yang sama dalam isu ”Negara Islam” setelah menyaksikan kebijaksanaan kepimpinan terdahulu mencerakinkan serta mengolah sebutan Visi dan Misi perjuangan PAS dengan cukup bijak dan berpandangan jauh, semacam meramalkan kedatangan realiti Politik Baru yang menuntut PAS untuk memposisikan perjuangan di tengah-tengah kancah persada politik nasional yang serba pluralis (majmuk) dan menuntut PAS supaya menyerlahkan sifat Inklusifnya atau ’PAS Untuk Semua’.
Kini Fasal 5 ceraian (i) dan (ii) dihafaz dan disebut oleh sebahagian besar aktivis parti sebagai kenyataan Visi dan Misi perjuangan PAS, secara spontan. Dengan tidak ada kekangan terhadap kelompok mana yang wajar dan tidak wajar menerajui kepimpinan parti politik Islam ini, maka PAS sebenarnya lebih tepat lagi untuk mengikuti tuntutan Islam dan Nas dari Al-Quran itu sendiri.
Sekaligus PAS tidak perlu terperangkap dan dapat mengelakkan satu lagi polemik yang dilaluinya buat beberapa kali, tentang siapa sebenarnya Ulama.
Maka beberapa blog, berhujjah menggunakan hujjah Al-Marhum Ustaz Fadzil Nor dan juga Al-Marhum Pak Yusuf Rawa yang lebih terbuka dalam mentakrif golongan Ulama termasuk golongan Profesional yang mengikat Ilmu disiplin mereka dengan Tauhid dan Ketaqwaan dalam rangka perjuangan Islam.
Cukuplah, tidak menambah golongan Ulama mahupun Profesional PAS dengan hanya kita berpolemik tentangnya. PAS sudah pun menginstitusikan Kepimpinan Ulama dengan menubuhkan Majlis Syura Ulama yang dianggotai seluruhnya oleh peribadi yang berlatarbelakangkan pendidikan Ulum Islami secara rasmi dan haraki serta bertanggungjawab mempastikan perjuangan parti tegasnya, tidak tergelincir dari landasan Syari’at Islam.
Yang penting untuk terus digarap kini adalah ’Menyonsong Cabaran Kempimpinan’ yang bakal dipilih dalam mengemudi perjuangan dalam era Politik Baru negara.
Ini menuntut PAS khususnya perwakilan dalam muktamar nanti membuat perhitungan bijak untuk memilih pasukan pimpinan tertinggi parti bagi mengukuh dan mendukung kepimpinan Presiden selaku Ketua Pegawai Eksekutif atau CEO kepada parti Islam ini. Kedudukan Eksekutif atau Tanfizi itu perlu ditekankan. Pasukan Kepimpinan inilah yang akan seterusnya menguruskan dan memperkukhkan kemenangan PAS sehingga kini, serta dalam semangat Tahaluf Siyasi membuat persiapan bagi melonjakkan pencapaian PAS dan Pakatan Rakyat dalam menempah kejayaan besar dalam PRU ke-13 akan datang.
Kekuatan menerobos realiti masa depan dan mendepani segala kekangan realiti sosio-politik semasa dengan pertentangan perundangan akibat amalan dualisme institusi kehakiman, kewangan dan pelbagai tuntutan etnik-agama yang bersimpang-siur dalam sebuah masyarakat pluralis-majmuk, adalah cabaran perjuangan yang bakal menunggu kepimpinan parti Islam ini.
Maka yang jelasnya perwakilan akan membuat perhitungan bersandarkan apa yang menjadi penghujjahan Al-Quran yang menuntut bahawa Masuliyah atau Tanggungjawab itu diserahkan kepada mereka yang mempunyai ’Keahliannya’ untuk menunaikan dan melunaskan tanggungjawab konteks cabaran kepimpinan itu.
Firmanullah SWT: ”Innallah ya’murukum an tuaddul amanati ilaa ahliha..” (surah An-Nisaa’: 58) Maksudnya : Sesungguhnya Allah menyuruhmu memberikan amanah kepada yang layak dan berhak menerimany (ahlinya).. Sesuai juga dengan FirmanuLLah SWt: ”Sesungguhnya orang yang paling baik yang engkau berikan tugasan ialah orang yang kuat (Qawi) dan boleh dipercayai (Amin) ” (Al-Qasas:26)
Tentang penetapan kriteria atau syarat yang ditentukan Allah SWT dalam penugasan kerja dua elemen penting dan kritikal yakni Al-Quwwah dan Al-Amanah dirumuskan oleh Ulama berdasarkan ayat dalam Surah Al-Qasas. Sementara tuntutan Al-Amanah adalah cukup penting mengekalkan perjuangan sentiasa mendapat Barakoh dan Taufiq dari Allah SWT, tuntutan kepada Al-Quwwah atau Kekuatan perlu menjadi perhitungan semua perwakilan agar Muktamar benar-benar mengangkat gandingan pasukan Kepimpinan yang ditanggapi berkeupayaan untuk mendepani serta mengurus pelbagai cabaran yang disebutkan tadi.
Dengan itu , PAS telah keluar dari hanya menetapkan label tertentu peribadi calon-calon kepimpinan tersebut dengan menekankan pemikiran yang bersandarkan ”Keperluan Kritikal Perjuangan” dalam fasa-fasa evolusi perjuangan parti Islam ini. Lebih penting dari itu, kepimpinan yang bakal dipilih oleh Muktamar seterusnya akan meletakkan kebijaksanaan mengolah Urus-Tadbir negara bagi mencapai tuntutan Al-Isti’mar atau Memakmurkan bumi ini dengan prinsip-prinsip Keadilan Islam, Pertanggungjawaban dan Ketelusan bagi menangani kebobrokan urus-tadbir yang bertentangan dengan Islam dan prinsip sejagat yang dibawa oleh musuh tradisinya.
Keseluruhan dinamika proses pemilihan ini sekaligus akan menyerlahkan keahlian PAS yang tidak mudah dogmatik dengan label dan istilah tetapi lebih prihatin dan peka dengan tuntutan isi dan penghayatan. Inilah yang dimaksudkan dengan kaedah Usul Fiqh : ”Al-Ibrah Bil Musammah wa laisa bil Isim” – Sesuatu itu dihitung dan dinilai dengan Inti dan Isinya bukan dengan Nama, Bentuk dan Coraknya”.
Andainya inilah yang terserlah dalam penghayatan perjuangan parti Islam ini, maka PAS akan terus memposisikan perjuangan politiknya sejajar dengan perkembangan kecelekan rakyat dan demokrasi di negara ini yang juga sedang melalui proses pendewasaan dan kematanganya.
Dr Dzulkefly Ahmad,
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS.

No comments
Post a Comment