pilihan raya lagi?
MELAKA 5 Mei - Semua 27 politeknik dan 39 kolej komuniti induk di seluruh negara diwajibkan menganjurkan pilihan raya kampus bagi memilih Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) mulai tahun ini.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ia bagi mendedahkan kira-kira 86,000 pelajar politeknik di seluruh negara terhadap bidang politik dan demokrasi menerusi pilihan raya.
Menurutnya, pada masa ini, hanya 13 politeknik menganjurkan pilihan raya kampus bagi memilih Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang kebiasaannya diadakan pada Julai dan Ogos setiap tahun.
Sehubungan itu, tegas beliau, pihaknya sedang meneliti bentuk tindakan sesuai terhadap mana-mana politeknik atau kolej komuniti yang gagal mematuhi arahan tersebut.
"Kementerian sudah mengedarkan pekeliling mengenai arahan ini kepada semua politeknik dan kolej komuniti di seluruh negara Februari lalu dan saya harap ia dipatuhi.
"Kita harap tidak perlulah sampai ke peringkat kementerian ambil tindakan ke atas mana-mana politeknik atau kolej komuniti yang gagal mematuhi arahan ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sijil dan diploma kepada 637 pelajar sempena Konvokesyen Ke-5 Politeknik Merlimau di sini.
Seramai 1,818 pelajar menerima sijil dan diploma masing-masing pada konvokesyen itu yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini.
Dalam pada itu, Saifuddin berkata, beliau sendiri akan memantau pelaksanaan arahan itu bagi memastikan matlamat penganjuran pilihan raya kampus di setiap politeknik dan kolej komuniti tercapai.
Kata beliau, kebanyakan alasan yang diberi apabila gagal menganjurkan pilihan raya adalah kampus usia politeknik atau kolej komuniti yang masih baru dan kekurangan pelajar.
"Bagaimanapun, bermula tahun ini, kementerian tidak terima lagi alasan ini, apa juga masalah pun, mereka perlu menganjurkan pilihan raya kampus ini kerana ia melibatkan hak pelajar," katanya.
Tambahnya, pilihan raya kampus penting membantu kerajaan melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dalam melaksanakan peranan untuk memilih pemimpin pada setiap pilihan raya umum.
"Kita juga galakkan politeknik atau kolej komuniti yang berhasrat membawa masuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ke kampus bagi tujuan memudahkan pendaftaran pemilih dibuat di kalangan pelajar.
"Usaha ini sekali gus mengatasi masalah bilangan kekurangan pengundi di kalangan orang muda yang sudah layak menjadi pengundi," katanya.

No comments
Post a Comment