TPM yang pandai bermain kira-kira!

'Hanya menteri boleh beri kata putus'

KUALA LUMPUR: Kajian semula pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains serta Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) akan dibuat pada peringkat dalaman dan membabitkan menteri, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom.

Beliau yang enggan mengulas lanjut berkata, sebarang keputusan mengenainya juga selepas ini akan diputuskan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mengambil kira pandangan semua pihak yang terbabit dasar berkenaan.

“Sekarang kita serahkan kepada Menteri. Apa-apa perkara yang membabitkan dasar kita perlu serahkan kepada Menteri dan saya tidak boleh komen lanjut perkara ini,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Alimuddin mengulas keputusan Kabinet semalam yang menolak hasil laporan Persidangan Meja Bulat PPSMI yang dibentangkan baru-baru ini kerana tidak berpuas hati dengannya dan berpendapat ia bukan penanda aras yang tepat untuk menilai kewajaran pelaksanaan dasar berkenaan.

Laporan Persidangan Meja Bulat PPSMI sebelum ini merumuskan tujuh cadangan untuk dipertimbangkan kerajaan dalam membuat keputusan mengenai masa depan PPSMI.


pirah!!! nak kaji sampai berapa puluh tahun oit? keroni dah buncit perut dok balun projek.. tak caya tanya mahathir dan hisham pondan la.!

No comments

Powered by Blogger.