Kerajaan Negeri Anjur Seminar Bentang Garis Panduan Pembinaan T

SHAH ALAM,19 0gos- Berikutan rayuan daripada pemaju mengenai masalah pembangunan tanah kelas 3 dan 4, Kerajaan Negeri akan menganjurkan satu seminar yang berkaitan bagi membincangkan masalah ini.

Hal ini diumumkan Menteri Besar,Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di bangunan SUK,Shah Alam petang tadi.

Turut sama pada sidang media ini, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan,Iskandar Abdul Samad berkata,satu garis panduan telah dirangka untuk dibentangkan pada seminar yang bakal diadakan pada Oktober depan.

Katanya,“Sehubungan itu,satu seminar akan kita buat anjurkan untuk membentangkan garis panduan ini kepada umum dan kita menjemput persatuan persatuan pemaju dan hartanah,badan professional dan semua pihak berkepentingan
supaya kita dapat jelaskan sekiranya terdapat sebarang kekeliruan”.

Sebelum ini,kerajaan telah menetapkan semua pembangunan di tanah kelas 3 dan 4 adalah dilarang sama sekali,bagi mengelakkan risiko tanah runtuh.

Menurut Khalid atas rayuan daripada pemaju,yang mengatakan peratusan tanah kelas 3 dan 4 di tanah mereka adalah terlalu kecil,kerajaan negeri akan menganjurkan satu seminar untuk membincangkan hal ini secara umum.

Antara yang akan dijemput bagi menjayakan seminar ini ialah persatuan pemaju dan hartanah,pertubuhan professional dan semua pihak yang berkepentingan.-NADIA MOHSIN(TV SELANGOR)

No comments

Powered by Blogger.