5 Sebab Kelantan Patut Menang
Tiada yang indah selain kemenangan, tiada yang manis selain gol yang tercipta. Berbaloi balik kampung untuk tengok bola, kemenangan yang hadir. Gergasi Merah lemas di tengah lautan merah. ;) Alhamdulillah, Kelantan berjaya menundukkan Selangor di Stadium Sultan Mohamad ke IV malam tadi.
Selangor ditunjukkan jalan keluar selepas tewas pada suku akhir kedua semalam dengan jaringan 0-3 dan Kelantan layak ke separuh akhir dengan agregat 3-0. Di perlawanan separuh akhir nanti, Kelantan akan menanti pemenang perlawanan Kedah-Terengganu yang akan ditentukan malam ini. Gol-gol Kelantan diahasilkan oleh Norfarhan Mohamad, Akmal Rizal dan Badri Radzi ‘Piya’.
Banyak faktor yang mempengaruhi kemenangan pasukan Red Warriors malam tadi.
1# Kehadiran ribuan penyokong yang dianggarkan melebihi 25, 000 memenuhi segenap penjuru Stadium Sultan Mohamad ke IV dan dengan kehadiran ini, semangat pemain pasukan Kelantan untuk berjuang habis-habisan dibuktikan. Pasukan Selangor terpaksa berdepan dengan dua lawan, satu pasukan Kelantan dan kedua ialah penyokong Red Warriors. Tekanan lebih kepada pasukan Selangor.
2# Gol pada minit ke 13 daripada pasukan Kelantan mengejutkan pelawat yang mahukan gol awal terlebih dahulu yang mana mereka mencari kelebihan gol ditempat lawan. Apa yang mereka harapkan hanyalah seri 1-1 sama cukup memadai buat mereka layak ke separuh akhir. Belum pun puas penyokong Red Warriors meraikan gol pertama, pada minit ke 24, hadir gol kedua buat pasukan Kelantan hasil tandukan cantik Akmal Rizal. Dua gol awal dari pasukan Kelantan sudah cukup membuatkan semangat Selangor lemah tetapi mereka terus berjuang untuk menyamakan kedudukan. Sebaliknya gol ketiga Kelantan yang muncul di penghujung separuh masa kedua. Tiga gol cukup untuk membuatkan K. Devan (ego tinggi, suka cakap besar) tersandar tanpa sebarang kata-kata semangat buat anak buahnya.
3# Pengadil menjalankan tugas dengan sebaiknya. Tiada sebarang keputusan dikeluarkan yang tidak memuaskan hati para pemain dan para penyokong timbul membuatkan perlawanan berjalan lancar. Mungkin ada sesetengah keputusan yang membuatkan penyokong marah tetapi itu adalah adat bola sepak, ada yang silapnya. Kesempatan itu dipergunakan sebaiknya oleh pasukan tuan rumah untuk mencipta gol dan kemenangan menundukkan ‘ego’ Selangor untuk membawa tiga piala pada musim ini. Nampaknya musim lepas berulang, Selangor tewas di suku akhir buat kali kedua berturut-turut dalam saingan Piala Malaysia.
4# Kecekapan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat menjelma lagi pada perlawanan malam tadi. Ketangkasannya menidakkan beberapa peluang keemasan pihak lawan terutama percubaan daripada ketua pasukan Selangor Amri Yahyah. Pasukan Kelantan mempergunakan sepenuhnya kelebihan yang ada pada penyerangnya, Akmal Rizal untuk mencipta gol. Beliau menjadi tonggak utama untuk menghasilkan gol selepas Norshahrul Idlan Talaha digantung satu perlawanan akibat insiden yang berlaku di Shah Alam pada perlawanan suku akhir pertama. Semangat Norshahrul dibuktikan dengan kemenangan bergaya malam tadi.
5# Pasukan Kelantan merupakan pasukan yang kuat. Terbukti, Kelantan merupakan antara pasukan terkuat dalam Liga Super tahun ini dengan dibarisi pemain pemain berbakat dan diterajui oleh jurulatih berpengalaman, B. Satianathan ( buat-buat puji). Selangor bukan calang-calang pasukan, mereka adalah pemenang 32 kali Piala Malaysia. Mengalahkan Selangor dengan agregat yang cukup besar sangat bermakna buat Kelantan dan ianya menjadi lebih manis untuk menidakkan tiga piala pulang ke Selangor. (tahun depan ada lagi buatmu Selangor)
Tidak lupa pada yang gugur pada perlawanan suku akhir pertama yang lalu, al-Fatihah buat mereka yang telah pergi. Tahniah buat pasukan Kelantan, masih ada 180+ minit lagi untuk menjejakkan kaki ke Bukit Jalil sekali lagi dan sekali lagi dan sekali lagi…
ps: hampir separuh suara hilang bersorak malam tadi. hoho!
sumber

No comments
Post a Comment