Abdullah Sani Tarik Diri Bertanding Naib Presiden, Ahli MPP

Oleh Dzulkarnain Taib

abdullahsani1KUALA LUMPUR 19 Okt - Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid hari ini mengumumkan keputusan menarik diri daripada pertandingan jawatan Naib Presiden dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) kerana mahu memberi tumpuan
kepada perjuangan hak pekerja di dalam Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Disamping itu Abdullah Sani berkata beliau membuat keputusan bersebut berdasarkan kepada kepads peraturan MTUC yang tidak membenarkan mana-mana penjawat dalam pertubuhan itu untuk memegang sebarang jawatan dalam parti politik.

"Apabila saya bertanding Naib Presiden dan anggota MPP saya harus melepaskan semua jawatan saya dalam kesatuan sekerja termasuk MTUC. Keputusan saya ini membolehkan saya mengurus agenda saya dalam kesatuan sekerja bagi memartabatkan wacana pekerja.

"Untuk memastikan kita ke Putrajaya gabungan transformasi ini mesti dibuat mengikut pelan yang telah dirancang oleh Pakatan Rakyat," jelas Abdullah Sani.

Sehubungan itu beliau mengucapkan terima kasih kepada rakan seperjuangan yang telah memberikan sokongan moral dan material sepanjang tempoh berkempen diseluruh negara.

"Saya tidak akan mengecewakan rakan-rakan dari cabang seluruh negara dan yakin keputusan saya akan memutlakkan lagi perjuangan demi mempertahankan hak golongan pekerja di negara ini. Saya berjanji untuk terus membawa pembelaan isu pekerja ke Parlimen untuk
mendapatkan faedah dan manfaat yang sepatutnya," ujar beliau lagi.

Abdullah Sani yang merupakan Naib Presiden MTUC akan bertanding jawatan Setiausaha Agung dalam mesyuarat agung pertubuhan sekerja itu Disember depan.

No comments

Powered by Blogger.