‘Ahli DAP mengundi dalam mesyuarat PKR’
Oleh Joseph Tawie
KUCHING: Kontroversi pemilihan cabang PKR berterusan dengan dakwaan ahli DAP mengundi dalam pemilihan di Sri Aman.
Dalam pertandingan minggu lalu, Jimmy Donald dipilih sebagai pengerusi setelah mengenepikan Ibi Anak Uding dengan lapan undi. Donald mendapat 84 undi, Ibi 76 dan calon ketiga Cobbold John Lusol hanya 10 undi.
Bagaimanapun, Ibi mendakwa penyokongnya telah mengesan sesuatu yang tidak kena. “Kami mendapati lapan pengundi yang mengundi Donald adalah ahli DAP.
Bukan itu sahaja, mereka adalah ahli jawatakuasa DAP bahagian Sri Aman. Ini adalah strategi ‘ayah dan anak’," kata Ibi merujuk anak Donald adalah ahli DAP.
“Apabila PKR mengadakan pemilihan, mereka mendakwa mereka ahli PKR. Dan DAP mengadakan mereka mendakwa sebagai ahli DAP,” tambahnya. Ibi,ketua wanita PKR Sarawak penyokongnya telah mengumpul banyak maklumat tentang keanggotaan dua parti ini.
Sementara itu ketua penerangan PKR Sarawak, See Chee How berkata, jawatankuasa pemilihan parti harus mengisytiharkan kemenangan Donald sebagai tidak sah dan batal jika berdasarkan dakwaan itu.
Jika kemenangan Donald dibatalkan, sumber parti berkata, ia boleh membawa masalah kepada Azmin Ali yang bertanding timbalan presiden kerana beliau adalah penyokong naib presiden itu.
Cabang juga menjangkakan dilanda perletakan jawatan oleh mereka yang menang kerana enggan bekerja dengan Donald. Sepuluh daripada 15 yang menang adalah sekutu dengan Ibi.
Ibi berkata, beliau telah memberitahu PKR negeri dan jawatankuasa pemilihan parti di Kuala Lumpur.
Timbalan Setiausaha Agung PKR, Paul Kadang yang dihubungi berkata, ibupejabat mengawasi perkara itu dan melihatnya secara menyeluruh.
Ini laporan pertama berlaku di Sarawak. Setakat ini, 13 cabang telah memilih perwakilan dan jawatankuasa.
Mulai hari ini, 16 cabang lagi akan mengadakan pemilihan. Menurut sumber, pemenang jawatan ketua bahagian berkemungkinan besar dipilih sebagai calon PKR dalam pilihanraya negeri akan datang.

No comments
Post a Comment