Analisa Politik : Perkasa hanya jadi "perkakas" Umno untuk hadapi MCA, Gerakan
TIBA-TIBA, ada kenyataan dari Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifa bahawa mereka mahu menyokong Mustafa Kamil Ayob sebagai calon Timbalan Presiden Parti KeAdilan Rakyat Rakyat (KeADILan) kerana mahu melihat seorang lagi calon, Azmin Ali tewas.
Kenyataan yang kebudak-budakan dan tidak perlu ini datangnya dari ketua budak-budak Perkasa, yang dikatakan sayap NGO bela Melayu yang dianggap rasis dan melampau.
Untuk apa? Perlu apa? Dan yang paling penting, apa kesan daripada kenyataan kebudak-budakan ini? Apakah Perkasa berminat untuk menjadi parti politik? Atau ada cita-cita untuk terjun ke kancah politik? Bukan kerana mahu mendahului takdir, mana mungkin sokongan dari Perkasa ini boleh memberi apa-apa kesan kepada pertandingan dalam KeADILan?
Lagipun, Perkasa yang cuba menjadi 'sayap' Umno ini sebenarnya lebih sudu dari kuah. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.
Setiausaha Agung Umno, Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sudah menasihatkan ahli-ahli menjauhkan diri dari Perkasa. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohamad Nazri Aziz juga sudah menyatakan rasa 'menyampahnya' dengan Perkasa.
Ini diikuti dengan Khaled Nordin dan Khairy Jamaluddin yang berjanji, beliau akan meninggalkan Umno jika jelas Perkasa menjadi pilihan ahli Umno.
Setakat hari ini, belum ada penafian dari Perkasa mengenai sokongan yang dibuat sayap pertubuhan itu. Mungkin memang Perkasa mahu mencampuri politik KeADILan dan mungkin juga sengaja mahu menjadikan KeADILan bermasalah dengan kenyataan itu.
Sebenarnya Perkasa mungkin perlu, tetapi kenyataan dari budak-budak Perkasa yang begini bunyinya tidak perlu sama sekali. Ketika mereka berhempas pulas menafikan akan menjadi parti politik, tetapi lagak mereka, dengan songkok hitam tinggi macam pasu bunga, lebih dari watak orang Umno itu sendiri.
Mustaffa Kamil juga tentunya tidak memerlukan sokongan dari Perkasa kerana selama ini pun, tidak pernah kedengaran Mustaffa Kamil meminta mana-mana NGO bela Melayu menyokong perjuangannya. Jadi, perlu apa Wira Perkasa tiba-tiba mengeluarkan kenyataan yang tidak sesuai ini?
Memetik kata-kata Tengku Adnan, dalam sebuah portal berita, sebenarnya akhbar yang menjadikan Perkasa seperti rasaksa. Jika media tidak memberi ruang kepada Perkasa, tiada siapa pedulikan pertubuhan ini. Itulah sebabnya, Presiden NUJ, Mohd Hatta Wahari mempersoalkan, siapakah Ibrahim Ali (Dato') kepada Utusan Malaysia?
Barangkali Mohd Hatta nampak, Utusan Malaysia meletakkan Ibrahim jauh lebih penting dari Setiausaha Agung Umno. Jika tidak kerana itu, kenapa Mohd Hatta bertanya; "Siapa Ibrahim kepada Utusan Malaysia?"
Kalau ada sesiapa perasan, Wira Perkasa ini sering mengadakan tunjuk perasaan. Malangnya, tidak ramai bersama mereka. Namun, media tetap memberi ruang kepadanya, menjadikan mereka seperti kumpulan yang berpengaruh. Hakikatnya, tidak!
Dulu, dalam laman sosial facebook, Wira Perkasa didakwa mengesahkan bahawa 'masalah' antara Ibrahim dengan Khairy Jamaluddin sudah selesai, tetapi, di media kedua-dua ahli parlimen ini masih bermusuhan. Tidak tahulah, siapakah yang tidak bercakap benar tetapi, kelam-kabut Perkasa ini sebenarnya membuktikan kepimpinan mereka dengan sayap-sayapnya tidak mempunyai arah.
Mereka hidup atas isu. Tanpa isu, Perkasa seperti tiada perjuangan. Tetapi, jika ada isu sekali pun, jika media, terutamanya Utusan Malaysia tidak memberi ruang kepada mereka, tiada siapa tahu perkembangannya.
Ketika Ahli Parlimen Shah Alam mencabar Perkasa supaya bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas di Kelantan, tiada sesiapa dari Perkasa menjawabnya. Pertama, mereka mungkin enggan melayan cabaran tersebut, kedua, mungkin Perkasa tidak mempunyai apa-apa kekuatan untuk turut sama bertanding.
Dulu, Wira Perkasa pernah mengutip derma dengan tujuan untuk mencetak Perlembagaan Perkasa bagi diberikan kepada kepimpinan MCA yang mereka dakwa tidak tahu tujuan sebenar Perkasa ditubuhkan.
Malangnya, berita itu senyap begitu sahaja dan berapa jumlah kutipan derma yang sudah mereka kumpul, tidak juga mereka dedahkan. Mereka juga tidak mengumumkan berapa naskhah Perlembagaan Perkasa yang mereka cetak untuk dihadiahkan kepada MCA.
Sebenarnya, ramai juga yang mentertawakan Perkasa kebelakangan ini. Ada juga yang bertanya, dari mana Perkasa dapat duit untuk bergerak? Siapa sebenarnya di belakang Perkasa hingga memperlihatkan Perkasa begitu hebat menganjurkan majlis-majlis di seluruh negara?
Rasanya, boleh beritahu kepada Perkasa, cukup-cukuplah. Untuk apa menjadi penyibuk dalam semua situasi. Umno, PAS dan KeADILan ada tugas dan tanggungjawab yang selama ini, orang Melayu mempunyai wadah masing-masing.
Apa perlunya Perkasa? Dulu, apakah sebelum kewujudan Perkasa, orang Melayu tidak mempertahankan Perkara 153 Perlembagaan negara? Tahun depan, apabila ada pemilihan Umno, siapa pula yang Perkasa akan sokongan bagi jawatan Timbalan Presiden? Apakah ada pakatan dan arahan tertentu?
Di kalangan pemimpin Gerakan, mereka memang tidak boleh menerima kehadiran Perkasa. Begitu juga dengan MCA. Yang penting, Perkasa dilihat menjadi alat Umno ketika berhadapan dengan MCA dan Gerakan. Dengan MIC, sesekali Perkasa dilihat bermasalah tetapi tidaklah seteruk masalah Perkasa dengan MCA dan Gerakan.
Sama-sama kita lihat, apakah kesan kepada sokongan Perkasa terhadap Mustaffa Kamil. Jika Azmin yang menang dalam pertandingan itu, Perkasa mungkin mendakwa Azmin mendapat sokongan tangan ghaib tetapi kalau Mustaffa Kamil yang menang, barangkali Wira Perkasa akan mengatakan Perkasa mempengaruhi perwakilan KeADILan yang mengundi Mustaffa Kamil.
Wira Perkasa mungkin membuat cerita lucu dengan pendirian membuat sokongan kepada salah seorang calon, dalam masa yang sama orang-orang Melayu bolehlah faham silat dan kuntau yang dimainkan oleh Perkasa dalam senerio politik tanahair. - SAFAR JUMAAT

No comments
Post a Comment