Anthony Luke Kerugian Hampir RM10,000

SEREMBAN 4 Okt – Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke serta ibu bapanya diikat di kediamannya setelah lima perompak, sebahagiannya bersenjatakan parang memecah masuk, sebelum melarikan wang tunai dan barangan berharga bernilai kira-kira RM10,000 di sini, awal pagi ini.

Dalam kejadian 4 pagi itu, kumpulan perompak itu dipercayai memotong mangga pintu depan di rumahnya di Taman Yoon Chan.

Selepas mengikat beliau dan ibu bapanya yang berusia lingkungan 70 tahun, kumpulan perompak mengeledah selama 30 minit dan melarikan wang tunai RM3,000, televisyen, komputer peribadinya dan blackberry.

“Ibu saya berjaya melepaskan dirinya, sebelum membebaskan saya dan ayah,” katanya yang menganggar kerugian hampir RM10,000.

Tidak menganggap rompakan berkenaan bermotif politik, beliau kemudian membuat laporan di balai polis Seremban.

No comments

Powered by Blogger.