Arwah Chek Hashim gigih bangunkan Galas
Salmah Mat Husain
KOTA BHARU, 19 Okt: Kerajaan Kelantan melahirkan rasa dukacita terhadap seorang menteri yang mendakwa pengundi Dun Galas salah membuat pilihan pada pilihan raya umum lalu sehingga kawasan itu tidak membangun.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata kenyataan itu menafikan ‘perjuangan’ membela rakyat yang telah dilakukan oleh Allahyarham Chek Hashim Sulaima.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkara itu pada sidang media Sukan Air Antarabangsa Kelantan 2010, di TIC, di sini.
Katanya, kerajaan negeri akan melancarkan projek pembangunan yang diusahakan oleh allahyarham di Bandar Utama Gua Musang sepanjang hayatnya tidak lama lagi.
“Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bakal merasmikan projek berkenaan,” ujarnya.
Takiyuddin seterusnya berkata, kenyataan menteri itu bukan sahaja menafikan usaha allahyarham, sebaliknya mengabui mata rakyat.
Baru-baru ini, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, berkata pengundi Dun Galas perlu membuat pemilihan yang tepat pada pilihan raya kecil nanti memandangkan mereka telah membuat pilihan yang salah pada pilihan raya umum lalu.
Kata Takiyudin, selain pembangunan untuk rakyat seperti rumah kedai, perumahan, hotel juga turut dibangunkan untuk masyarakat luar yang akan meneruskan destinasinya ke Kota Bharu.
Menurutnya lagi, Dun Galas antara yang pesat membangun khususnya bagi tempoh tiga tahun kebelakangan ini.
“Sebahagian besarnya adalah hasil usaha allahyarham untuk rakyatnya, sebab itu sehingga hari ini rakyat masih terkenangkan allahyarham,” ujarnya.

No comments
Post a Comment