Azmin Dah Lama Jadi Presiden Jika Dia Mahu
Oleh Ahmad Zawawi
Ahli-Ahli Parti Keadilan Rakyat jangan lupa apa yang telah berlaku pada Kongres Pemilihan sebelum PRU ke 12 yang berlangsung diSeremban. Abdul Rahman (Bekas Timbalan parti) mencabar Wan Azizah dan ada satu kumpulan mendesak Anwar supaya bertanding.
Tujuan kumpulan tersebut sebenarnya nak melingkupkan parti kerana semua orang tahu tempoh sekatan terhadap Anwar untuk memegang jawatan dalam pertubuhan masih belum tamat.Dalam apa keadaanpun diketika itu Sdra Azmin sahaja yang layak menggantikan Wan Azizah jika parti sudah bersedia kearah itu.
Saya katakan hanya Azmin yang layak kerana kerja kerasnya didalam partilah yang telah memungkinkan parti PKR menang besar diPRU ke 12 dan dihormati oleh rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. SISMEP yang beliau perkenalkan benar-benar telah membantu parti mengenal jenis-jenis pengundi. Dia juga merupakan Pengarah Pilihanraya Pusat.
Kebetulan pada PRU ke 11 nama saya naik untuk dicalunkan diParlimen Padang Rengas tetapi ada pihak yang lebih cekap senyap-senyap pergi berjumpa Azmin dan akhirnya mereka berjaya. Saya sebutkan perkara ini hendak menerangkan yang Azmin ini mudah didekati.
Kini setelah sekian lama menghambakan diri dalam parti Sdra Azmin menawarkan diri untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Y.B. Senator Syed Husin. Sebilangan besar ahli merestui hasrat beliau itu dan menjangkakan yang beliau tidak akan ditentang. Cukup jelas tidak ada siapa yang dapat menidakkan populariti Sdra Azmin ini. Saya sangat yakin Sdra Azmin akan mencapai kemenangan besar pada pemilihan itu nanti.
Senario yang dapat saya lihat kini hanyalah peranan tukang-tukang ramal yang bersungguh-sunguh memberi keyakinan kepada tokoh-tokoh tertentu yang mengatakan Sdra Azmin boleh dikalahkan. Keyakinan tersebut sudah tentulah datang dengan harganya. Tahniahlah kepada mereka yang terlalu taksub kepada Penyokong Membawa Rebah tersebut.
Jika adalah tokoh yang datang berjumpa saya bertanyakan peluang untuk menang, percayalah saya mampu memberikan buah fikiran yang jauh lebih hebat daripada tukang-tukang ramal tersebut. Saya akan nasihatkan supaya kita sama-sama membantu Azmin memperkuatkan parti supaya cita-cita anak cucu kita yang mengharapkan perubahan akan terlaksana. Dan khidmat nasihat ini TIDAK akan saya kenakan sebarang bayaran pun. Akhir sekali kepada ahli-ahli PKR (yang tidak berapa lama lagi akan mengundi) hayatilah kata-kata berikut: Kalau ta` ada apa-apa ta` kan tempua bersarang rendah.
http://ahmadzawawi.wordpress.com

No comments
Post a Comment