Biro Politik telah bincang kes Dr Lee Chong Meng masuk PKR

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil perhatian serius pengumuman Ketua MCA Bukit Bintang, Datuk Dr Lee Chong Meng yang keluar MCA Khamis lalu.

Timbalan Presiden PKR Senantor Dr Syed Husin Ali berkata, Dr Lee memohon dan diterima sebagai anggota PKR semasa beliau masih menjadi ahli MCA, tanpa memaklum hal ini kepada PKR.

Ini satu kesilapan, katanya dalam satu kenyatan media hari ini.

Lebih serius, kata timbalan presiden PKR itu, Dr Lee telah dipilih tanpa bertanding sebagai Ketua Cabang Bukit Bintang

Sehubungan itu, Biro Politik PKR telah membincang kes Dr Lee dan akan membuat keputusan tentangnya setelah mendapat perakuan dari Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dan Sekretariat.

No comments

Powered by Blogger.