DAP Dakwa Penunjuk Perasaan Sokong Kulasegaran Bukan Anggotanya
IPOH, 7 Okt (Bernama) -- Seorang pemimpin DAP pada Khamis berkata sekumpulan lelaki yang mengadakan demonstrasi di hadapan ibu pejabat DAP Perak di sini pada Rabu bagi mendesak Timbalan Pengerusi DAP Perak M.Kulasegaran keluar daripada parti itu bukan anggota DAP.
Pengerusi DAP Cawangan Taman Pertama di Buntung, Tang Yaw Hooi berkata ini kerana nama mereka itu tidak tersenarai dalam pendaftaran anggota parti itu.
Beliau berkata demikian selepas membuat laporan di Ibupejabat Polis Daerah Ipoh di sini pada Khamis bagi meminta polis menyiasat latar belakang kumpulan itu yang semalam mendesak supaya Kulasegaran keluar daripada DAP dengan alasan pemimpin berketurunan India dalam DAP dipinggirkan.
Naib Pengerusi DAP Perak A.Sivanesan, yang mengiringi Tang membuat laporan itu, berkata bantahan itu dilakukan oleh "kumpulan dalaman" yang cuba membuat kacau.
Katanya Kulasegaran, yang kini berada di Nepal ketika dihubungi, menafikan pembabitan dengan kumpulan itu.
Dalam perhimpunan itu seramai 20 pemuda membawa poster menyatakan sokongan kepada Kulasegaran dan mengutuk Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausaha DAP negeri Nga Kor Ming.

No comments
Post a Comment