Galas: Ku Li diramal tolak pencalonan

Oleh Rahmah Ghazali

KUALA LUMPUR: Walaupun masih belum jelas siapa calon terbaik Umno, Ahli Parlimen Tumpat Kamaruddin Jaafar dengan yakin meramalkan bahawa Razaleigh Hamzah akan menolak, jika beliau dicalonkan.

Ini kerana putera Kelantan itu telah menerima jawatan pengarah jentera pilihan raya. Secara tradisi, kata Kamaruddin, pengarah pilihan raya pada masa yang sama tidak akan menjadi calon.

"Kekecewaannya sebagai pengarah pilihan raya Galas memberi isyarat jelas bahawa beliau akan menolak pencalonan. Pada kebiasaannya, pengarah pilihan raya tidak akan dipilih sebagai calon," kata pemimpin PAS itu.

Kamaruddin bekata, "sentimen yang kuat tentang Razaleigh akan menjadi calon hanya taktik Umno untuk mengalih pandangan orang ramai terhadap masalah dalaman Umno."

Bagaimanapun, Kamaruddin memuji perlantikan Ku Li sebagai pengarah pilihan raya kerana beliau akan memastikan kempen berjalan dengan "adil, bersih dan saksama," tanpa dicemari dengan politik wang.

"Jika tuntutan ini dipenuhi, maka ia sejajar dengan prinsip Ku Li," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Jika Razaleigh menolak pencalonan itu, Umno diramalkan memilih Setiausaha Bahagian Umno Gua Musang, Abdul Aziz Yusof sebagai calon.

Bagaimanapun, ramai pemimpin Umno yakin Razaleigh yang menjadi ahli parlimen Gua Musang sejak 1969, adalah calon yang terbaik untuk mencerahkan peluang Barisan Nasional (BN) untuk merampas semula kerusi itu dari PAS yang menawannya dengan majoriti tipis 646 undi pada 2008.

Pilihan raya kecil ditetapkan pada 4 November depan dengan hari penamaaan calon pada 26 Oktober ini.

Kerusi itu menjadi kosong berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri PAS, Che Hashim Sulaima.

No comments

Powered by Blogger.